• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Gadai RUU 355 Demi Undi Bukan Islam

oleh AK-47
08/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Ahli Parlimen beragama Islam yang tidak menyokong usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 diingatkan supaya tidak ‘menggadaikan’ agama demi meraih undi pengikut bukan Islam.

Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, jangan disebabkan ingin mengambil hati pengundi serta mempunyai agenda politik lain menyebabkan mereka rela membuang agam demi kepentingan tertentu.

“Yang nak mengundi (penggubalan RUU 355) bukan rakyat, sebaliknya ahli parlimen, tujuannya kita menghebahkan perkara ini supaya mana-mana ahli parlimen beragama Islam tolong ambil kesedaran bahawa apa pun parti yang dibawa olehnya, mereka wajib menyokong, jangan semata-mata nak ambil hati pengundi-pengundi lain termasuk pengundi bukan Islam, mereka (ahli parlimen) terpaksa buang agama ke tepi.

“Kalau MP (ahli parlimen) macam ni, cukup ini kalilah. Cukup pilih mereka, jangan pilih orang macam ini (untuk menjadi wakil rakyat pada pilihan raya akan datang). For the sake of their followers (pengundi), mereka sanggup menggadaikan apa yang kita perjuangkan,” katanya dalam sebuah pertemuan tertutup dengan pengamal media di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri wakil pertubuhan badan kerajaan iaitu Timbalan Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Dr. Mohd Fauzi Shaffie; Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz dan anggota Sekretariat Ummat, Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid.

Usah Gadai RUU 355 Demi Undi Bukan Islam
Timbalan Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Dr. Mohd Fauzi Shaffie

Sementara itu Dr. Fauzi pula mengatakan masyarakat menjadi keliru dengan pindaan RUU 355 mungkin disebabkan pengaruh media sosial yang semakin meluas sehingga menyebabkan mereka tak tahu nak pilih mana satu pendapat dan fakta yang tepat mengenai isu tersebut.

Selain itu lagi, Dr. Fauzi menyatakan kepekaannya bahawa usul ini perlu terus diperjuangkan di Parlimen bagi menjaga kesejahteraan umat Islam masa kini.

“Kalau (pesalah) kena denda lebih tinggi kita harapkan benda-benda maksiat ini dapat dihentikan. Itu yang kita nak perjuangkan, elak umat Islam terjerumus ke lembah maksiat, sebab itu kita mengharapkan sokongan daripada seluruh umat Islam (mengenai pindaan RUU 355).

“Saya yakin kerajaan akan memberi kebenaran untuk diteruskan pembentangan (di Parlimen), yang kami semua tak mahu ialah usul ini ditolak.

“Jika ditolak maruah umat Islam di Malaysia (akan) tercemar dan (orang akan kata) orang Islam majoriti (penduduk di Malaysia) tapi kalah dalam usaha untuk menyusun masyakat sendiri. RUU 355 ini bukan untuk menghukum sebaliknya untuk menjaga (mendidik) masyarakat (agar tidak melakukan kesalahan maksiat),” katanya.

Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar

Sekadar mengimbas, isu Rang Undang Undang 355 (RUU 355) terhasil apabila Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan usul persendirian di bawah Peraturan 49 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) pada 26 Mei tahun lalu.

Kali terakhir RUU 355 dipinda ialah pada 33 tahun lalu.

RUU 355 adalah satu akta untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum syarak.

Akta ini bertujuan untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa berkaitan hukuman kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri dalam hal berkaitan undang-undang Islam.

Hukuman maksima sejak 1984 melibatkan pesalah Syarie ialah penjara tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi enam kali.

Dalam usul berkenaan, Abdul Hadi berkata pindaan yang ingin dilakukan terhadap akta berkenaan melibatkan hukuman maksimum dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Usul persendirian yang dibawa oleh presiden Pas itu masih belum dibahaskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat yang memerlukan pengundian majoriti Ahli Parlimen beragama Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: islamMahkamah SyariahPPIMRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd