Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jabatan Perikanan Tak Pernah...

PUTRAJAYA - Jabatan Perikanan (DOF) tidak pernah mengeluarkan lesen laut dalam untuk diberikan,...

Juruukur Tanah Abai Anak...

KUALA LUMPUR — Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang...

3 Individu Ditahan Berhubung...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga individu, termasuk seorang lelaki berpangkat 'Tan Sri'...

Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di...

PENDANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun  10 bulan ditemukan lemas di dalam tali air kawasan...

Umat Islam Wajib Pertahan Pendirian Kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa umat Islam mempertahankan kerajaan Malaysia dalam isu pendakwah Dr. Zakir Naik.

Beliau berkata, semua umat Islam yang waras wajib mempertahankan pendirian kerajaan Malaysia bagi menghadapi musut Islam yang jahat.

“Dalam isu Dr. Zakir, semua kita yang waras wajib mempertahankan pendirian kerajaan kita.

“Ini bagi menghadapi golongan musuh yang berniat jahat terhadap Islam dan umatnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, aktivis propembangkang, Siti Kassim dan Hindraf memfailkan tuntutan mahkamah meminta pihak berkuasa menangkap dan mengusir Dr. Zakir daripada Malaysia.

Siti Kassim yang juga seorang peguam dan Hindraf yang merupakan sebuah gerakan Hindu turut meminta supaya status Dr. Zakir sebagai pemastautin tetap negara ini dibatalkan.

Mereka dalam saman ke atas kerajaan Malaysia turut memohon deklarasi bahawa Dr. Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.


Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa kononnya Dr. Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.

Kehadiran Dr. Zakir berdakwah di Malaysia mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pemimpin dan aktivis Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Malah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P.Ramasamy merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP pernah dikecam umat Islam negara ini kerana menggelar pendakwah Islam terkenal itu sebagai setan.

Dr. Zakir merupakan seorang pendakwah Islam tersohor di dunia dan pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tahun 2013.

Dalam kebanyakan siri dakwahnya di seluruh negara menyaksikan bukan muslim yang mengikuti ceramahnya mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas berhujah tentang isu agama dengan beliau. – MYNEWSHUB.CC

Kategori