• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM: 3,000 Tempat Pelajar Cemerlang Gagal Masuk U

oleh
27/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyediakan 3,000 tempat untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang gagal melanjutkan pelajaran.

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, peluang itu diberi kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan pelajar luar bandar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran atas pelbagai faktor antaranya masalah kewangan.

“UiTM akan menyediakan tempat untuk pelajar golongan ini dan bantuan yang sepatutnya juga akan dihulurkan agar mereka dapat belajar dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ekspo Selangkah ke UiTM di sini hari ini.

Katanya universiti itu menyasarkan sehingga dua kali ganda pengambilan pelajar bagi sesi pengajian 2017 berbanding tahun lepas. Namun beliau tidak memberikan jumlah pengambilan tahun lalu.

Hassan berkata, pihaknya yakin angka berkenaan dapat dicapai berikutan kampus baharu universiti itu yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan dan Raub, Pahang telah siap serta boleh digunakan.

“Ditambah dengan kampus di Puncak Alam, saya yakin jumlah kapasiti berkenaan dapat dicapai.

“Ia juga merupakan antara usaha bagi memastikan sasaran pengambilan pelajar sebanyak 200,000 pada 2020 dapat dicapai,” katanya. – Bernama/HAA

Tags: SPMSTPMUiTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Yoyo FAM: Daripada Anak Raja Kepada Anak Raja

Next Post

Senjata RELA Hilang: KPN Sah Hanya 26, Bukan 44

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

04/01/2025
0

JOHOR BAHRU - Dua beradik yang masing-masing calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buntu...

Next Post

Senjata RELA Hilang: KPN Sah Hanya 26, Bukan 44

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd