• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi London: Penubuhan KSCIP Perlu Disegerakan

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) perlu disegerakan bagi mengekang berlakunya kejadian serangan seperti di London terhadap rantau ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata serangan di atas Jambatan Westminister berhampiran bangunan Parlimen Britain di London, semalam membuktikan ancaman keganasan boleh menular bukan sahaja di Eropah malah di rantau Asia dan ia tidak boleh diambil mudah oleh negara-negara di rantau ini.

“Malaysia telah memperoleh perkenan Raja Arab Saudi, Raja Salman (bin Abdulaziz Al Saud) yang menunjukkan keyakinan Kerajaan Arab Saudi terhadap Malaysia berkaitan ideologi naratif balas,” katanya dalam sidang media sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’17) di sini, hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatnya di United Kingdon untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung kejadian serangan itu.

Dalam insiden itu, seorang penyerang ditembak mati oleh anggota polis selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berkenaan merempuh orang ramai di laluan pejalan kaki di jambatan berkenaan.

Media melaporkan selepas kenderaan penyerang berhenti setelah melanggar pagar bangunan Parlimen, penyerang itu berlari ke arah pintu masuk yang digunakan oleh Ahli Parlimen sejauh kira-kira 20 meter.

Ketika cuba memasuki bangunan itu, penyerang dilaporkan menikam seorang anggota polis sebelum dua anggota polis berpakaian biasa menembaknya.

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam serangan oleh pelaku yang tidak dikenali itu yang telah mengorbankan lima nyawa termasuk penyerang dan seorang anggota polis serta mencederakan 40 mangsa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinKSCIP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

Skor Rendah Indeks Integriti, Mindef Sedia Beri Kerjasama Penuh

17/11/2021
0

Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak susulan penarafan rendah dicatatkan negara bagi indeks antarabangsa berkaitan rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd