• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tommy Page Meninggal Dunia Pada Usia 46 Tahun

oleh AK-47
05/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan penulis lagu yang yang popular dengan lagu “I’ll Be Your Everything” pada era 90-an, Tommy Page, meninggal dunia pada usia 46 tahun.

Laman web Billboard.com melaporkan punca kematian Page masih tidak jelas tetapi rakan-rakan rapat kepada penyanyi itu tidak menolak kemungkinan beliau membunuh diri.

Page memulakan kerjaya sebagai artis rakaman untuk Sire Records dan lagu “I’ll Be Your Everything,” mengungguli tangga teratas Billboard 100 pada April 1990. Lagu itu ditulis beliau bersama-sama dengan dengan Jordan Knight dan Danny Wood.

Ketika kematiannya, Page adalah seorang eksekutif di sebuah syarikat rakaman, penerbit majalah Billboard, naib presiden di Pandora dan seorang eksekutif di Village Voice.

Graduan Stern School of Business, Universiti New York itu pernah menjadi eksekutif di Warner Bros Records dan juga pernah menjadi Naib Presiden Kanan di Cumulus Media Inc.

Beliau membantu membentuk kerjaya artis termasuk Michael Buble, Alanis Morissette, Josh Groban dan Green Day.

Page meninggalkan pasangannya Charlie dan tiga anak mereka.

Beberapa artis dalam industri muzik melahirkan rasa dukacita mereka tentang pemergian Page di laman media sosial, termasuk Josh Groban dan penulis lagu Diane Warren. -MYNEWSHUB.CC

Tags: artis luar negarakematianpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Maut Dihempap Pokok Kelapa…

Next Post

Tindakan Usir Duta Korea Utara Adalah Mesej Tepat

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Next Post

Tindakan Usir Duta Korea Utara Adalah Mesej Tepat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd