• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TKM P.Pinang Lapor Polis Akaun FB Palsu Namanya

oleh
04/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon, menjadi mangsa kepada individu yang menyamar dirinya melalui akaun Facebook palsu dan menipu rakannya untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan.

Sehubungan itu, Mohd Rashid meminta orang ramai agar tidak tertipu dengan tindakan individu tersebut kerana dua rakannya telah ditipu.

“Individu itu menghantar mesej melalui akaun Facebook dengan alasan saya kesempitan wang. Apa yang dikesali, dua rakan saya telah tertipu dan masing-masing memasukkan RM100 dan RM780 ke dalam akaun seperti yang diminta,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Mohd Rashid, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakannya semalam yang mahu tahu mengapa saya meminta sejumlah wang daripada mereka melalui Facebook.

“Saya amat terkejut kerana saya tidak pernah berbuat demikian termasuk meminta wang sumbangan dari rakan-rakan saya. Menyedari ada yang tidak kena, saya kemudiannya memeriksa akaun terbabit.

“Memang benar, individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan nama dan hampir kesemua gambar saya bagi menipu mangsa yang terdiri daripada rakan-rakan saya,” katanya yang menjelaskan laporan polis telah dibuat semalam.

Katanya individu itu meminta kakitangan dan rakan-rakannya memasukkan wang ke dalam dua akaun bank dan akaun Facebook tersebut didapati telah dipadamkan tengah hari semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata polis telah mengenal pasti suspek tersebut dan sedang berusaha menjejakinya.

Mior Faridalathrash berkata Mohd Rashid membuat laporan polis semalam selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh kakitangannya kira-kira pukul 9 pagi ketika menghadiri Mesyuarat Exco di Komtar.

“Suspek menyamar menggunakan nama Haji Rashid Bayan Baru dan meminta kakitangan timbalan ketua menteri 1 itu memindahkan wang dan akibatnya, seorang daripada rakan Mohd Rashid telah terpedaya serta mengalami kerugian RM100.

“Mangsa membuat transaksi pindahan wang ke akaun bank suspek melalui perbankan dalam talian dan Mohd Rashid membuat laporan polis kerana takut nama dan gambarnya digunakan untuk penipuan,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: facebookkes tipuMohd Rashid Hasnon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd