• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Usir Duta Korea Utara Adalah Mesej Tepat

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN kerajaan mengusir Duta Korea Utara keluar dari negara ini dianggap wajar selepas kegagalan pihak berkenaan bersemuka dengan membuat permohonan maaf.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata Kerajaan Malaysia mengambil langkah yang cukup diplomatik agar tidak timbul ketegangan.

“Saya memuji ketegasan kerajaan dalam mempertahankan kepentingan negara. Semua pihak harus sedar bahawa Malaysia amat memandang serius sebarang aktiviti jenayah atau cubaan melanggar undang-undang negara kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra semalam mengeluarkan perintah kepada Duta Korea Utara, Kang Chol untuk meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam.

Perintah itu dibuat setelah Kang Chol gagal menghadirkan diri ke Wisma Putra di Putrajaya pada jam 6 petang semalam.

Kata Irmohizam lagi, ketegasan kerajaan adalah satu mesej bahawa Malaysia bukanlah tempat untuk penjenayah menjalankan kegiatan mereka dengan mudah.

“Pengisytiharan Persona Non Grata terhadap Duta Korea ini adalah mengikut artikel 9 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik (1961).

“Tindakan ini juga wajar setelah kerajaan memutuskan untuk mengenakan Visa ke atas warganegara Korea Utara ke Malaysia pada 6 Mac 2017.

“Disamping itu juga, tuduhan liar  dan biadap yang boleh menjejaskan reputasi negara kita tangani secara profesional,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kedutaan Korea UtaraWisma Putra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tommy Page Meninggal Dunia Pada Usia 46 Tahun

Next Post

Kedai Jual Perabot Terpakai Hangus

Related Posts

23 Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat – Wisma Putra

23 Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat – Wisma Putra

23/09/2024
0

PUTRAJAYA - Seramai 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan disahkan berada dalam keadaan selamat....

757 Kebakaran Hutan, Terbuka Di Kelantan

Serangan Iran Ke Atas Israel: Wisma Putra Perlu Bersedia, Pantau Rakyat Malaysia – TPM

14/04/2024
0

Kuching: Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru...

Next Post

Kedai Jual Perabot Terpakai Hangus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd