• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Jika Gagal Patuhi Harga Petrol Mingguan

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Syarikat dan pengusaha stesen minyak yang gagal mematuhi penetapan harga petrol serta diesel secara mingguan yang akan diumumkan setiap Rabu bermula esok, bakal berdepan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata hukuman yang diperuntukkan di bawah akta itu ialah denda maksimum RM500,000 bagi syarikat sementara dan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi individu.

“Pengumuman mengenai penetapan harga petrol dan diesel akan dibuat di TV1 pukul 8 malam esok dan akta itu akan pastikan semua syarikat dan pengusaha stesen minyak mesti ikuti arahan diberikan pada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Seminar Kepimpinan Pegawai Ehwal Koperasi 2017 di sini hari, ini. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Katanya melalui beberapa siri perbincangan bersama syarikat dan pengusaha stesen minyak sebelum ini, mereka telah menyatakan persetujuan untuk menambah baik mekanisme berkenaan.

Pada minggu lepas, Hamzah mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 malam.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu bermula Disember 2014. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Hamzah Nafi Dakwaan Azmin, Tetap Balik Larut

06/05/2018
0

LARUT - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menyelar Menteri Besar Selangor Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd