• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Individu Bebas Tuduhan Menipu Dalam Projek PKFZ

oleh Ahmad Albab
17/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga individu yang dituduh menipu dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), tanpa dipanggil membela diri.

Mereka ialah bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi Sdn Bhd, Law Jenn Dong, 59; arkitek BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee, 56, dan Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi, Stephen Abok, 59.

Hakim Asmadi Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan.

Seramai 31 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Muhammad Anas Mahadzir dan Noor Zalizan Lazarous.

Law diwakili oleh peguam Datuk Tan Hock Chuan, Stephen oleh peguam Hisham Teh Poh Teik, manakala Bernard Tan diwakili peguam Datuk V. Sithambaram.

Law, Stephen dan Bernard Tan mengaku tidak bersalah pada 8 Nov 2010 atas 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi untuk dua projek di PKFZ di OSK Trustees Bhd, Plaza OSK Ampang antara 30 Jun 2006 sehingga 20 Jun 2008.

Stephen dan Bernard Tan juga mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees di antara 31 Julai 2007 dan 8 Okt 2008 dengan memperdaya syarikat pemegang amanah itu untuk membayar RM5.42 juta kepada Kuala Dimensi untuk projek sistem bekalan elektrik ke PKFZ yang tidak dilaksanakan.

Bagi setiap pertuduhan mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.

Sebelum ini, Stephen dan Bernard Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua  pertuduhan asal menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.

Bernard Tan dan Law pula menghadapi 24 pertuduhan asal menipu LPK bagi  mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi melibatkan dua projek yang sama antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008. – BERNAMA

Tags: menipuPKFZ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mamat Exists Dihantar Ke Hospital Psikiatri Hari Ini

Ibu Dua Anak Dituduh Tipu Beli Barangan Mewah RM1.24 Juta

23/01/2024
0

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini pada Selasa atas dua pertuduhan...

Wanita Didakwa Menipu Untuk Terima Bantuan Banjir

04/01/2022
0

Kuantan : Seorang wanita tergamak menipu mengatakan dirinya adalah mangsa banjir bagi mendapatkan bantuan yang disalurkan badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd