• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Pertahan Jawatan Tiada Kaitan Annuar Musa

oleh AK-47
24/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Keputusan tidak mempertahankan jawatan naib presiden tiada kena mengena dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa daripada bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM, demikian tegas Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi keutamaan kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam situasi menghadapi PRU14, sudah tentu keutamaan perlu diberikan kepada jentera parti untuk melakukan persiapan rapi dan demi kepentingan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak serta memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri.

Semalam, Zainol Fadzi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam badan induk bola sepak tanah air sempena pemilihan barisan baharu FAM pada Kongres FAM ke-53 di Petaling Jaya esok.

Pada hari sama, Annuar, yang merupakan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), juga mengumumkan penarikan diri sebagai menghormati Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut bertanding kerusi panas itu.

Menjelas lanjut, Zainol Fadzi berkata keputusan untuk menarik diri itu dibuat sejak Isnin lalu, namun hanya membuat pengumuman rasmi semalam selepas menyerahkan surat berkaitan kepada FAM.

“Dalam perjalanan saya hendak menghantar surat ke pejabat FAM, Tan Sri Annuar telah membuat pengumuman dahulu daripada saya.

“Sebenarnya, saya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir baru-baru ini sebelum menulis surat kepada FAM mengenai keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan,” katanya.

Zainol Fadzi turut mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau sepanjang empat tahun dalam barisan kepimpinan FAM.

Seramai 39 perwakilan dan 20 anggota gabungan FAM layak mengundi pada kongres berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Zainol Fadzi PaharudinFAMTan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd