• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tian Chua Didenda RM3,000, Bersalah Aibkan Polis

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada seorang pegawai polis, tiga tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Pada 12 Ogos 2014, Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada pegawai polis Petaling Jaya DSP Glenn A. Sinappah bagi mengaibkan kehormatannya.

Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama lobi Hotel Armada pada 7.45 malam, 14 April 2014 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Tian Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

05/11/2022
0

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai calon bebas di Batu hanya boleh dilakukan...

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

05/11/2022
0

TAMBUN : Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua secara automatik dipecat daripada parti berkenaan berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd