Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Peniaga Parah Dipukul Di...

GEORGE TOWN - Seorang peniaga parah dipukul sekumpulan lelaki di hadapan tandas sebuah...

Kelab Komedi Caj Pelanggan...

Sebuah kelab komedi di Barcelona, The Teatreneu menggunakan cara unik untuk mengenakan bayaran...

Bank Rakyat Umum Produk...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Khairul Idham Disambut Meriah...

SEPANG - Pelumba Moto3 negara yang mencipta sejarah sukan permotoran Malaysia Khairul Idham...

Tiada Tayangan Filem Beauty And The Beast Di Malaysia?

NAMPAKNYA kontroversi mengenai tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia masih belum selesai apabila Walt Disney Co telah menarik balik tayangan filem itu kepada satu tempoh yang tidak diberitahu.

Bloomberg melaporkan, Walt Disney menarik balik tayangan filem tersebut di semua pawagam di Malaysia selepas adegan dalam filem itu yang membabitkan adegan dan karakter gay dipotong.

“Filem ini tidak dipotong sebelumnya dan tidak akan dipotong untuk Malaysia,” kata Disney dalam satu kenyataan kepada Bloomberg.

Rangkaian pawagam terbesar di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) pada Isnin lalu mengumumkan menangguhkan filem tersebut atas permintaan Disney.

Baca: Watak Gay, Tayangan Beauty & The Beast Ditangguhkan

GSC bagaimanapun menawarkan pemulangan wang kepada mereka yang telah membeli tiket lebih awal di laman sesawangnya.

Semalam, Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan filem berkenaan dengan kelas PG 13 setelah meminta satu adegan sepanjang empat setengah minit dari satu subplot membabitkan karakter gay dipotong oleh Disney.

Pengerusi LPF, Abdul Halim Abdul Hamid berkata, pawagam di negara ini dibenarkan menayangkan filem berkenan selepas adegan tersebut dipotong.

Kategori PG13 bermaksud mereka yang berusia di bawah 13 tahun perlu ditemani ibu bapa ketika menonton filem itu.

Baca: LPF Luluskan Tayangan Filem Beauty and The Beast Tapi…

Pembikinan filem itu telah menelan belanja US$160 juta (RM7.1 bilion) dan akan mula ditayangkan di Amerika Syarikat (AS) pada 17 Mac ini.


Ia dijangka mengaut keuntungan sebanyak US$120 juta (RM5.3 bilion) di AS dan Kanada.

Filem Beauty and the Beast adalah pembikinan semula animasi muzikal Disney yang popular pada tahun 1991. Ia termasuk adegan gay ekslusif yang diperkatakan oleh pengarahnya, Bill Condon.

Watak LeFou yang dianggap kawan baik kepada watak jahat Gaston, telah merujuk kepada kepersonaannya terhadap Gaston dan kemudian menari dengan lelaki itu dalam satu pesta tari menari.

Selain Malaysia, Rusia sebelum ini ‘menentang’ tayangan filem animasi muzikal ini namun membenarkannya selepas meletakkan syarat tontonan kepada mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Filem Beauty and the Beast dibarisi pelakon ternama antaranya Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci dan sepatutnya mula ditayangkan di Malaysia pada Khamis, 16 Mac. – MYNEWSHUB.CC

Kategori