• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Jejas Serangan Di London

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam serangan di atas Jambatan Westminister berhampiran bangunan Parlimen Britain di London, semalam.

Wisma Putra, dalam kenyataan, berkata serangan oleh pelaku yang tidak kenali itu telah mengorbankan lima nyawa termasuk penyerang dan seorang anggota polis dan mencederakan 40 mangsa.

Katanya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa bagi mengetahui situsi semasa dan memberikan perkembangan terkini kepada komuniti rakyat Malaysia di London.

“Polis tempatan mengesahkan bahawa mereka mengendalikan serangan itu sebagai insiden pengganas,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu, katanya.

Dalam insiden itu, seorang penyerang ditembak mati oleh anggota polis selepas kenderaan pacuan rmpat roda yang dipandu lelaki berkenaan merempuh orang ramai di laluan pejalan kaki di jambatan berkenaan.

Media melaporkan selepas kenderaan penyerang berhenti selepas melanggar pagar bangunan Parlimen, penyerang itu berlari ke arah pintu masuk yang digunakan oleh Ahli Parlimen sejauh kira-kira 20 meter.

Ketika cuba memasuki bangunan itu, penyerang dilaporkan menikam seorang anggota polis sebelum dua anggota polis berpakaian biasa menembaknya. – BERNAMA

Tags: Londonrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd