• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Calon Tarik Diri Jawatan Presiden FAM

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertandingan satu lawan satu antara Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa bagi merebut kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semakin menjadi kenyataan, Sabtu ini.

Persaingan antara Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim dan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu sememangnya menjadi fokus utama Kongres FAM ke-53 untuk memilih jawatankuasa baharu bagi penggal 2017-2021.

Sehingga hari ini, tiada calon yang menarik diri termasuk untuk jawatan lain bagi mengisi 17 kekosongan dalam badan induk bola sepak negara.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika dihubungi Bernama mengesahkan setakat ini tiada calon yang menyatakan hasrat menarik diri daripada pertandingan.

“Tidak ada calon yang menarik diri,” tegasnya.

Dari segi peraturan FAM, mana-mana calon masih boleh menarik diri sebelum kongres bermula pada 25 Mac ini.

Kerusi presiden dipertandingkan selepas penjawat sebelum ini, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah membuat keputusan meletak jawatan berikutan prestasi hambar skuad Harimau Malaysia.

Bagi peminat bola sepak tanah air, pemilihan kali ini bakal menentukan hala tuju baharu bola sepak negara.

Pemilihan pada kongres itu adalah untuk mengisi 17 kerusi iaitu presiden (satu jawatan), timbalan presiden (dua jawatan), naib presiden (empat jawatan) dan exco (lapan jawatan lelaki dan dua jawatan wanita).

Jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi mengisi dua kekosongan manakala jawatan naib presiden pula menyaksikan sembilan calon bertanding merebut empat tempat.

Bagi jawatan anggota Exco FAM pula, 17 calon berentap bagi mengisi 10 tempat manakala tujuh calon Exco wanita akan merebut untuk mengisi dua kekosongan.

Seramai 39 perwakilan dan anggota gabungan FAM layak mengundi pada Kongres berkenaan.

Senarai calon bagi pemilihan FAM penggal 2017-2021:
————————————————–

Presiden:
1. Tunku Ismail Sultan Ibrahim
2. Tan Sri Annuar Musa

Timbalan Presiden:
1. Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
2. Datuk Seri Afandi Hamzah
3. Datuk Seri Subahan Kamal

Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharudin
2. Datuk S. Sivasundaram
3. Mohd Joehari Mohd Ayob
4. Datuk Ab. Ghani Hassan
5. Datuk Takiyuddin Hassan
6. Datuk Rosmadi Ismail
7. Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman
8. Datuk Astaman Abdul Aziz
9. Marzuki Sulong

Ahli FAM:
1. Abdul Aziz Yeop Jamaludin
2. Supt. Mohd Dali Wahid
3. Datuk Azril Mat Drus
4. Subkhiddin Mohd Salleh
5. Mohd Firdaus Mohamed
6. Christopher Raj
7. Datuk Jefferey Low Han Chau
8. Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
9. Datuk Azisman Alias
10. Datuk Aminuddin Omar
11. Datuk Muhammad Yadzan Mohammad
12. Ishsam Shahrudin
13. Nik Ahmad Yaakub
14. Datuk Gary Vasudevan Nair
15. Mohd Jamil Zakaria
16. Nokman Mustafa
17. Mej. Jen. (B) Datuk Mazelan Kasap

Ahli FAM (Wanita):
1. Shafizah Umamah Abdul Mutalib
2. Roselina Idrus
3. Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad
4. Tuan Nah Nik Him
5. Normala Yusoff
6. Datuk Suraya Yaacob
7. Isfarina Mohd Bali

– BERNAMA

Tags: FAMTan Sri Annuar Musa.Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Borong China Trip Penuhi Impian Peniaga

Next Post

Wanita Cedera Ditetak Suami Di Kuantan

Related Posts

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

11/11/2024
0

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan...

Next Post

Wanita Cedera Ditetak Suami Di Kuantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd