Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Persiapan Sudah 70%, Hafiz...

SETELAH lebih setahun mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi Hafiz Suip mengumumkan bakal mendirikan...

Malaysia Dan Nepal Bincang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia sedang dalam perbincangan dengan Kerajaan Nepal bagi mencari...

Rafizi Pertahan Tindakan Kesavan...

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mempertahankan tindakan Anggota...

Arul Kanda Menghadap PAC...

KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul...

Telefon Pintar Boleh Uji Kualiti Sperma Lelaki

MIAMI – Peranti baharu telefon pintar kini boleh menganalisis kualiti sperma lelaki.

Menurut penyelidik Amerika Syarikat, melaluinya golongan lelaki boleh mengetahui sama ada mereka berhadapan masalah kemandulan hanya dalam masa beberapa minit.

Masalah kemandulan menjejaskan lebih daripada 45 juta pasangan di seluruh dunia.

Lebih 40 peratus daripada masalah kesuburan adalah disebabkan oleh sperma berkualiti rendah.

Teknologi itu bertujuan memudahkan golongan lelaki untuk menguji sperma mereka di rumah.

“Kami mahu mencari jalan penyelesaian untuk membuat ujian kemandulan lelaki yang sederhana dan berpatutan,” kata penulis bersama Hadi Shafiee, seorang doktor di bahagian kejuruteraan dalam bidang perubatan di Hospital Wanita Brigham.


“Selama ini lelaki perlu menyediakan sampel air mani di hospital. Situasi in menyebabkan mereka sering mengalami tekanan, rasa malu dan kekecewaan,” katanya.

Bagaimanapun peranti ini tidak lagi tersedia untuk kegunaan orang ramai dan masih dalam peringkat prototaip.

Penyelidik merancang untuk melakukan ujian tambahan sebelum memfailkan untuk kelulusan unit Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA). – AFP/mStar Online

Kategori