• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tegur MP Lambat Tarik Balik Kenyataan Kecaman

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur anggota parlimen yang mengambil masa terlalu lama untuk menarik balik kenyataan kecaman yang dikeluarkan semasa persidangan Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu berkata anggota parlimen sepatutnya berbuat demikian dengan segera sekiranya telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Perkara yang berlaku kelmarin, adalah (hal) kelmarin. Jangan hal yang berlaku kelmarin Yang Berhormat bangkitkan pada saya sekarang, kerana kalau saya benarkan itu nanti perkara yang berlaku tahun lalu pun akan juga Yang Berhormat bangkitkan hari ini,” katanya sebelum sidang mesyuarat menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau merujuk tindakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bangkit untuk menarik balik perkataan kurang elok yang digunakannya terhadap Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) semasa mencelah perbahasan Annuar petang semalam.

Lim menggunakan perkata ‘pengecut’ dan ‘pondan’ terhadap Annuar selepas Anggota Parlimen Ketereh itu tidak membenarkan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) mencelah beliau semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPNS Siasat Dakwaan Murid Sekolah Terlibat Sajikan Minuman Beralkohol Majlis Makan Malam

JPNS Siasat Dakwaan Murid Sekolah Terlibat Sajikan Minuman Beralkohol Majlis Makan Malam

24/10/2026
0

SEREMBAN - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memandang serius dakwaan penglibatan murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Paul, Seremban dalam...

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya siasatan berhubung kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd