Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Parah Ditikam Kekasih...

KUALA LUMPUR: Seorang wanita cedera parah ditikam teman lelakinya yang berang selepas mangsa...

PKRM Cadang Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) mencadangkan pengurusan insurans yang berstruktur...

Tangani Daesh Lebih Susah...

SINGAPURA - Menangani ancaman kumpulan militan Daesh adalah lebih susah berbanding ancaman komunis...

Ibu Mabuk Kena Belasah...

HILANG pertimbangan dan kewarasan selepas mengambil minuman keras, seorang ibu tegar mengunyah kulit...

“Tak Mungkin Saya Temui Lelaki Sebaiknya”- Nora

“DIA adalah sebaik-baik suami dan ayah buat kami semua. Mati hidup semula saya tidak mungkin dapat bertemu pengganti sama sepertinya,” demikian ungkapan penyanyi, Nora Ariffin mengenai suaminya, Johan Nawawi yang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas solat Jumaat tadi.

Menurut Nora, sebenarnya dia dengan Johan ada merancang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25, pada 9 April ini, bagaimanapun hajat itu tidak kesampaian.

“Kami merancang mengadakan persembahan meraikan majlis ulang tahun itu.

“Arwah suami bercadang untuk memakai tuksedo manakala saya mahu memakai gaun rekaan Azura Couture.

“Tujuannya hanya ingin untuk mengenang kembali saat-saat indah di awal perkahwinan kami. Namun tak sangka dia pergi tiba-tiba.

“Walaupun sedih dan terkejut, saya reda dengan pemergiannya dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya kepada Harian Metro.

"Tak Mungkin Saya Temui Lelaki Sebaiknya"- Nora

Johan yang juga merupakan komposer terkenal kembali ke rahmatullah kira-kira jam 6.30 pagi tadi di sebuah pusat rawatan di Subang Jaya, Selangor akibat serangan jantung.


Hasil perkahwinannya dengan Nora, Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Mohd Syakir Iman, 24; Mohd Syakir Alif, 19; Putri Nur Dahlia, 13; dan Putri Nur Fatehah, 5.

"Tak Mungkin Saya Temui Lelaki Sebaiknya"- Nora

Berita pemergian Allahyarham secara tiba-tiba sememangnya menggemparkan seluruh peminat tanah air.

Antara pengkarya muzik yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Habsah Hassan, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Datuk DJ Dave, Aishah dan Nassier Wahab. – MYNEWSHUB.CC

Kategori