• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Dukacita Amalan Politik Kebencian

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan perkembangan politik mutakhir ini yang dikatakan dicemari dengan amalan politik kebencian dan fitnah.

Baginda bertitah landskap politik hari ini perlu berlandaskan pengertian sebenar, iaitu sesebuah kerajaan perlu berusaha untuk mencapai urus tadbir yang cemerlang bagi membangunkan negeri dan rakyat.

“Beta ingin menyatakan bahawa politik bukanlah semata-mata untuk memburu kuasa.

“Amat malang sekali politik hari ini dicemari dengan kebencian, kemarahan, fitnah, menimbulkan salah faham antara satu sama lain dan perkauman sempit,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Bangunan DUN Selangor di sini, hari ini.

Turut mengiringi baginda ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam pada itu, Sultan Selangor mengingatkan kerajaan negeri supaya melaksanakan elemen integriti, ketelusan, urus tadbir yang baik serta institusi berwibawa dalam menguruskan pembangunan ekonomi Selangor pada masa depan.

Titah baginda, asas ekonomi bukan lagi tertumpu kepada persoalan imbangan pembayaran dan angka ekonomi semata-mata tetapi asas ekonomi hari ini mesti merangkumi antara lain amalan integriti dan ketelusan.

“Beta amat sukacita apabila prinsip yang beta nyatakan tadi mendasari pentadbiran kerajaan negeri dan menyuntik keyakinan pelabur untuk melabur serta mengekalkan Selangor sebagai destinasi pelaburan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin seterusnya menitahkan kerajaan negeri supaya berusaha mempelbagaikan sumber pendapatan negeri dengan mencari sumber baharu dan tidak hanya bergantung kepada hasil tanah.

Dalam perkembangan lain, baginda bertitah supaya semua pihak mengambil sikap yang bertanggungjawab dengan tidak mempolitikkan isu air sehingga sanggup mengorbankan kepentingan rakyat.

“Beta berkenan kerajaan negeri telah menjalankan kerja-kerja secara menyeluruh dan mengambil langkah yang terbuka dan telus dalam memuktamadkan proses pengambilalihan syarikat konsesi air bagi memelihara kepentingan rakyat negeri Selangor,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Sultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Patik percaya kelima-lima prinsip ini (Rukun Negara) tidak boleh difahami secara terpilih, tetapi perlu dihayati secara menyeluruh...

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd