• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Pandu Sendiri Tren Dari JB Ke KL

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, tiba di Stesen Kuala Lumpur hari ini selepas berkenan memandu kereta api sewaan khas sejauh 296 kilometer dari Stesen JB Sentral, Johor Bahru.

Baginda mula memandu pada pukul 9.27 pagi Ahad, sebelum tren enam gerabak Tanjung Kupang 26108 itu tiba di Platform 4 di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Lumpur pada pukul 4.05 petang.

Gerabak pemandu lokomotif bernombor 1002 yang dinaiki oleh baginda itu turut membawa bersama beberapa orang penumpang terdiri daripada anggota kerabat diraja Johor dan kakitangan KTMB sendiri.

Sebaik tiba, baginda yang berkemeja petak berwarna merah disambut warga kerja KTMB diketuai oleh Ketua Transformasi KTMB, Afzar Zakaria selain bersalaman dengan orang awam, sebelum bertemu pihak media.

Jarak perjalanan antara dua stesen KTMB tersebut ialah 296 kilometer. Baginda dijangka turut memandu pulang sendiri kereta api itu ke Segamat, Johor pada 29 Mac ini setelah beristirahat sejenak di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Sultan Ibrahim tiba jam 9 pagi di stesen JB Sentral sebelum menaiki koc pemandu kereta api dan berlepas dari Platform 4, JB Sentral. Tren itu turut singgah sebentar di stesen KTMB Kluang pada pukul 11.15 pagi.

Antara hadir di JB Sentral mengiringi baginda ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, A Rahim Nin dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Muhamad Fuad Radzuan.

Sultan Ibrahim pernah mencipta sejarah tersendiri menerusi Malaysia Book of Records apabila menjadi sultan yang pertama di negara ini memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada tahun 2010 lalu.

Baginda malah memandu kereta api pada program Kembara Mahkota Johor pada tahun sama selain melakukan prosedur ‘turn table’ bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan.

Ia sekali gus diiktiraf secara rasmi sebagai sultan yang pertama berjaya memandu sebuah kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

‘Saya Makan Cekodok Dan Rojak Pun Mereka Kepanasan’ – Akmal Saleh

‘Saya Makan Cekodok Dan Rojak Pun Mereka Kepanasan’ – Akmal Saleh

10/11/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyindir pihak tertentu yang didakwanya tidak senang melihat beliau mendekati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd