• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukarelawan Renjer Hutan APM Cegah Jenayah Hutan

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kementerian bersetuju menerima bantuan sukarelawan Renjer Hutan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mengawal dan mencegah aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk penyeludupan di hutan khususnya di kawasan sempadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada dasarnya bersetuju menerima bantuan 10,000 sukarelawan Renjer Hutan APM.

Selain itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga bersetuju menerima 797 sukarelawan manakala kementerian dan agensi lain telah menyatakan persetujuan mereka untuk menerima sukarelawan tersebut, katanya.

“Penubuhan sukarelawan Renjer Hutan APM adalah untuk membantu renjer hutan sedia ada dan masyarakat setempat untuk membanteras dan memantau aktiviti pembakalan haram, pembukaan tanah tanpa permit bagi tujuan pertanian, penempatan haram pendatang tanpa izin, serta aktiviti jenayah lain.

“Mereka terdiri daripada masyarakat setempat yang tahu selok-belok kawasan sekitar dan mengetahui sekiranya ada orang luar yang menceroboh kawasan mereka,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Shahidan menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang ingin tahu bagaimana sukarelawan Renjer Hutan APM membantu pejabat hutan negeri untuk menguatkuasakan akta perhutanan negeri daripada dicerobohi peneroka hutan.

Katanya, kehadiran sukarelawan Renjer Hutan APM bukan mengambil alih bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri, namun mereka bekerja secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan jabatan berkenaan bagi mencegah aktiviti jenayah selain memantau kawasan berisiko banjir khususnya di kawasan tadahan air. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan KassimSukarelawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Negeri Sembilan akan menerima Menteri Besar baharu....

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd