• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA: Kita Di Landasan Tepat – Tunku Imran

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persiapan Malaysia dalam pelbagai aspek bagi penganjuran temasya Sukan SEA dari 19-31 Ogos ini, berada pada landasan yang tepat.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tunku Ja’afar berkata beliau yakin semua perancangan akan berjalan seperti dirancang dan akan memastikan semua tanda aras yang ditetapkan dapat dipenuhi.

Katanya daripada aspek persiapan, ada beberapa perkara yang berjalan lancar manakala ada yang di belakang jadual tetapi yakin semuanya dapat disiapkan seperti yang ditetapkan.

“Semuanya berada pada landasan tepat tetapi ia bukan bermakna kita boleh sambil lewa. Kita masih perlu berusaha keras menyiapkan semuanya mengikut masa.

“Persiapan dalam apa juga sukan memang begini, ada masanya segalanya bergerak perlahan tetapi masih ada peluang untuk memecut mengejar tempoh ditetapkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis MOM di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Lawan Pedang Malaysia, Rusni Abu Hassan diumumkan sebagai penerima Anugerah Wanita dan Sukan MOM 2016.

Rusni turut memegang jawatan penting yang lain seperti Naib Presiden Konfederasi Lawan Pedang Asia dan Presiden Persekutuan Lawan Pedang Asia Tenggara.

Selain itu, Tunku Imran turut menasihatkan semua sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur agar tidak mengharapkan sebarang imbuhan.

“Sukarelawan tidak boleh mengharapkan ganjaran walaupun ketika ini perbincangan masih dibuat dengan MASOC (Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia)

“Ia seharusnya membabitkan kepuasan menjadi sebahagian daripada pasukan yang menganjurkan temasya yang berjaya. Siapa tahu mungkin mereka akan menerima ganjaran kemudian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd