Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Kenapa Begini.. Papan Tanda...

Menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 Ahad ini, usaha mengibarkan bendera pada premis dan...

Komunikasi Terakhir Juruterbang Beritahu...

Menerusi laporan Kompas.com, komunikasi terakhir juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dengan Pengawal...

152,357 Warga ATM Undi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 152,357 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan...

Taman Air Bukit Merah...

BAGAN SERAI - Taman air di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini...

Suami Seksa Isteri Hanya Kerana Panggilan Telefon

ANGKARA cemburu buta, seorang ibu muda menjadi mangsa selepas didera oleh suami dan bapa mentuanya dengan menggunakan penyepit panas.

Ibu berkenaan, Jhamku, 22, telah dihukum dengan sedemikian rupa hanya kerana dia menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.

Suaminya, Bhagga Gameti, dan bapa mertuanya, Lehri Lal, yang marah telah menuduhnya berlaku curang. Mereka kemudiannya memukul Jhamku sebelum menggunakan penyepit panas di kaki, muka, dada dan alat sulitnya, di rumah mereka di Udaipur, India.

Wanita itu yang mempunyai seorang anak kecil, tidak mampu melawan. Penderaan itu berlaku selama dua jam sebelum penduduk kampung masuk campur.

Suaminya telah melarikan diri apabila penduduk datang ke rumah mereka. Dia hanya ditangkap beberapa hari lepas oleh polis. Pihak berkuasa kini sedang memburu bapa mertua Jhamku.


Jhamku telah dihantar pulang ke rumah ibu bapanya dan dia kini menerima rawatan di rumahnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori