• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Suami Awak Besar Ni Je, Saya Punya Lagi Besar”

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pekerja kedai runcit warga Pakistan dibelasah penduduk kampung selepas mengaju soalan berbaur lucah kepada isteri orang dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Mulong, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 32 tahun datang ke kedai tersebut untuk membeli barangan, sambil ditemani adik lelakinya yang menunggu di dalam kereta.

Namun ketika wanita itu ingin membuat pembayaran, suspek secara tiba-tiba menunjukan isyarat jari kelingking bagi membandingkan kemaluan suami mangsa dengan suspek, yang diulanginya sebanyak empat kali.

Mangsa kemudian terus menaiki kereta dan memberitahu adiknya yang berusia 20-an sebelum adiknya itu turun dan memberi amaran kepada suspek supaya tidak mengganggu kakaknya.

Bagaimanapun suspek menafikannya serta berlaku pergelutan.

Selepas kejadian, adik mangsa sekali lagi datang ke kedai sama dan memberitahu suspek supaya tidak mengulangi perbuatan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa serta orang kampung.

Kedatangan adik mangsa kali kedua itu menyebabkan suspek berang dan terus mengambil pisau dari bawa meja, namun sempat ditahan adik mangsa.

Orang awam yang melihat kejadian berlaku tersebut membantu adik mangsa dan membelasah suspek sebelum menangkapnya serta menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan suspek turut dihantar ke hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan kerana cedera dipukul orang ramai.

“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut membantu adik mangsa dan telah memukul suspek hingga cedera,” katanya.

Tambah Baharom, lelaki berkenaan disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, dan Seksyen 509 kanun yang sama kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: belasahKelantanPakistan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd