• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Soal Kahwin Bukan Boleh Dibuat Main” – Siti Nordiana

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Nordiana tidak meletakkan keutamaan untuk mencari jodoh buat masa ini kerana belum menemui calon suami yang sesuai.

Katanya yang mesra disapa Nana, 33, bukan bermaksud dia terlalu cerewet sebaliknya menganggap perkara jodoh bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.

“Ramai yang bertanya Nana bila lagi nak bagi Rayyan seorang ayah dan apa yang boleh Nana katakan, Nana tak jumpa lagi calon sesuai dan tidak mahu kalut fikirkan soal ini. Just follow with the flow.

“Lagi pula kalau ikutkan Rayyan, dia tidak mahu Nana kahwin sebab dia hanya nak abah dia sahaja… biasalah budak-budak kan,” katanya ketika kepada mStar Online.

"Soal Kahwin Bukan Boleh Dibuat Main" - Siti Nordiana
Siti Nordiana bersama anak kesayangannya Mohammad Rayyan Nakhaie. – Foto dari Instagram Siti Nordiana.

Nana memilki sorang anak tunggal iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie, 8, hasil pekahwinannya dengan Allahyarham pelakon Mohd Faizal Yusop.

Dalam pada itu, kata pemilik nama Siti Nordiana Alias ini lagi, sehingga kini dia selesa menggalas tugas sebagai seorang ibu dan ayah buat anaknya itu.

Di samping itu, kata Nana dalam memastikan anaknya tidak terabai didikan ilmu agama dan akademik diberikan setiap minggu apabila ada guru tuisyen dan ustaz datang ke rumah untuk mengajar mengaji Al-Quran.

“Rayyan merupakan harta dunia akhirat Nana. InsyaAllah hajat tahun ini Nana rancang nak bawa dia bercuti ke tempat-tempat sejuk luar negara selain merancang menjalani Umrah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana bakal hadir dengan single terbaru berjudul ‘Terus Mencintai’ ciptaan dia sendiri berdasarkan pengalaman cinta lalunya.

Selain itu, dia juga akan mengeluarkan produk gincu bibirnya sendiri yang diberi nama SND Lipstick dalam waktu terdekat. – mStar Online

Tags: penyanyiSiti Nordiana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd