• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SME Bank Agih Dana RM70 Juta Untuk Bisnes Online

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – SME Bank mengagihkan bantuan kewangan sehingga RM70 juta, setakat ini, di bawah program Pembiayaan Perniagaan Dalam Talian bank itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan SME Bank Xcess 2017 di sini hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata bank memperuntukkan RM200 juta bagi pembiayaan perniagaan dalam talian sejak 2016.

Beliau juga berkata bank menyasarkan untuk melancarkan program pembiayaan Perniagaan Dalam Digital (BID-IT) pada bulan depan.

“Ini sebuah lagi program yang diwujudkan untuk membantu usahawan muda, berumur antara 20 dan 35, untuk mengembangkan perniagaan kecil mereka yang sedia ada dan menceburi platform digital dan e-dagang,” katanya.

Beliau berkata peserta BID-IT perlu melalui program pembangunan yang menyeluruh sebelum mendapat bantuan kewangan daripada SME Bank.

“Kami yakin program tersebut akan mendapat sambutan yang positif pada tahun ini, terutamanya selepas pembentukan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

“Kami menjangka akan mencapai sasaran kami susulan melihat trend yang meningkat dalam kalangan usahawan muda untuk menjalankan perniagaan melalui platform digital,” kata Mohd Radzif.

Sementara itu, katanya seramai 1,500 usahawan sederhana dan kecil menyertai program SME Bank Xcess yang termasuk berkongsi pengalaman dan kejayaan, forum dan perkhidmatan rundingan oleh SME Bank, agensi dan syarikat terpilih.

Mohd Radzif berkata di bawah program itu, SME Bank meluluskan pembiayaan sehingga RM1 bilion pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: PinjamanSME Bank
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

Gagal Bayar Pinjaman, Mahkamah Tinggi Arah Jovian Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

Gagal Bayar Pinjaman, Mahkamah Tinggi Arah Jovian Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

11/07/2024
2

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, untuk membayar RM10 juta kepada dua pengarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd