Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Peminat Fafau Sujud Syukur.....

KAGUM kami melihat peribadi pelakon, pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana yang bermurah...

Piala AFC 2015: JDT...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez yakin pasukannya mampu...

Lelaki Tular Buang Air...

SHAH ALAM: Seorang lelaki warganegara Australia didenda RM100 selepas mengaku bersalah membuang air...

Kakitangan Main Peranan Lonjak...

KUANTAN - Kakitangan atasan dan bawahan memainkan peranan sama penting bagi membantu melonjakkan imej pentadbiran kerajaan negeri...

Skuad Ragbi Pada Landasan Tepat Buru Emas Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Pasukan ragbi negara kini berada pada landasan tepat dalam buruan pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur yang bermula 19-31 Ogos ini.

Ketua jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata terdapat impak positif dari segi prestasi anak buahnya yang kini hampir memasuki fasa ketiga persiapan Sukan SEA pada April ini.

Katanya, peluang berlatih dan mengadakan beberapa perlawanan di Perth, Australia pada Feb lepas sebelum menyertai Kejohanan Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah di Sandakan pada pertengahan Mac lepas, membantu menaikkan motivasi pemainnya.

“Peluang berlatih dan seterusnya bermain menentang pasukan dari luar negara yang berpengalaman serta jauh lebih besar sewaktu di Perth dan Sandakan ternyata lebih mematangkan kami.

“Walaupun tewas, ia tetap memberi satu impak positif kerana kami dapat mengenal pasti kelemahan dan kekurangan pasukan…oleh itu kami akan berusaha memperbaikinya,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Saizul Hafifi berkata senarai akhir pemain yang akan menggalas cabaran ke temasya Sukan SEA hanya akan diumumkan pada Julai ini.

Beliau turut menyatakan kebimbangannya terhadap kecederaan yang dialami beberapa pemain yang dianggap sebagai aset pasukan, namun menegaskan ia tidak akan menjejaskan momentum skuadnya.


Skuad negara akan menyertai kejohanan di Singapura dan di Langkawi pada April ini sebelum berlepas ke New Zealand, Julai nanti bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan terakhir.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia di Sukan SEA adalah meraih pingat perak pada edisi 1995 di Chiangmai, Thailand dan 2015 di Singapura.

Ragbi mula dipertandingkan dalam Sukan SEA 1969 di Rangoon, Burma (kini Myanmar) namun sukan ini kerap digugurkan kerana tidak memberi kelebihan buat tuan rumah yang menganjurkannya. – BERNAMA

Kategori