Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Harap Lebih Banyak Kapal...

KUANTAN - Malaysia yakin Pelabuhan Kuantan yang kini dilengkapi pelbagai kemudahan mampu menarik...

Kadar Sewa Tapak Khemah...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengenakan bayaran yang...

Jualan Mesra Rakyat Alternatif...

KUALA BERANG - Rata-rata penduduk Hulu Terengganu berpuas hati dengan harga barangan yang...

Draf Akta Berita Palsu...

KUALA LUMPUR - Draf akhir akta baharu yang bertujuan menangani penularan berita palsu...

Singapura Naik Had Guna Syiling Hingga 1,850 Cent

SINGAPURA – Pemerintah Singapura bakal menaikkan had penggunaan duit syiling tempatan sehingga 1,850 cent berbanding sekarang hanya 200 cent, lapor stesen Channel NewsAsia hari ini.

Ia akan dilaksanakan jika saranan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk meminda had penggunaan duit syiling bagi membuat sebarang bayaran diluluskan sekali gus mengubah jumlah maksimum untuk satu urus niaga.

Dalam kenyataan medianya di sini, MAS menyatakan bahawa kertas perundingan diterbitkan pada 16 Mac bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai had maksimum wang sah yang disarankan bagi duit syiling.

Pihak MAS mengusulkan had siling baharu yang ditetapkan sebanyak 10 keping duit syiling bagi setiap denominasi untuk semua denominasi dalam satu-satu urus niaga sehingga mencecah S$18.50 (kira-kira RM58.54).

Ini bermakna seorang pembayar boleh menggunakan sehingga masing-masing 10 duit syiling 5 cent, 10 duit syiling 10 cent, 10 duit syiling 20 cent, 10 duit syiling 50 cent dan 10 duit syiling S$1 bagi setiap urus niaga runcit.

Buat masa ini, had penggunaan duit syiling untuk membuat bayaran adalah sehingga 200 cent atau S$2 bagi setiap denominasi untuk masing-masing duit syiling 5 cent, 10 cent, 20 cent dan S$10 bagi duit syiling 50 cent.


Namun tiada had bagi pembayaran dengan menggunakan duit syiling S$1. Sesi pengumpulan maklum balas itu dijadual berakhir pada 6 April depan. Lebih banyak perincian lanjut boleh diperoleh menerusi laman MAS.

MAS memansuhkan duit syiling 1 cent kerana dianggap tidak praktikal sebagaimana dilaksanakan jirannya, Bank Negara Malaysia dan transaksi perlu dibulatkan sama ada kepada nilai 5 atau 10 cent yang mana paling hampir.

Siri duit syiling pertama mula diperkenalkan pada 1967 selepas berpisah daripada Malaysia sebelum diikuti siri kedua pada 1985 lalu dan siri ketiga pula sejak 2013 tanpa denominasi 1 cent.  Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori