• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Silk Mahu Kukuhkan Perniagaan Logistik Marin

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – SUTERA Holdings Bhd akan memperuntukkan RM200 juta daripada cadangan pelupusan Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd kepada Permodalan Nasional Bhd (PNB) bagi mengukuhkan perniagaan logistik marin kumpulan itu.

Pengerusi Eksekutif, Datuk Mohammed Azlan Hashim, berkata kumpulan itu juga sedang mencari peluang dalam perniagaan minyak dan gas melalui anak syarikatnya, Jasa Merin (M) Sdn Bhd dan Jasa Merin (Labuan) plc.

“Kami akan lebih fokus selepas ini. Industri ini bersifat kitaran. Ia telah melalui kitaran menurun yang agak panjang dan itu sendiri juga membawa banyak peluang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa kumpulan di sini hari ini.

Katanya, dari segi logistik marin, syarikat itu sekarang ini mempunyai 21 buah kapal.

“Armada perkapalan kami telah melalui program pembaharuan sejak lima hingga enam tahun lepas. Kapal-kapal kami dalam keadaan yang amat baik,” katanya.

Pada Januari lepas, syarikat telah mendapat persetujuan para pemegang saham bagi melupuskan keseluruhan modal berbayar dan terbitan di Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang, pemegang konsesi Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Lebuhraya SILK) kepada PNB dengan harga RM380 juta tunai.

Kumpulan juga telah memperuntukkan sebanyak RM70 juta bagi dividen khas sebanyak 10 sen sesaham.

Mohammed Azlan berkata proses urus niaga itu masih berjalan, menunggu kelulusan daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri dan langkah-langkah tertentu yang sedang dibuat oleh PNB.

Pihak-pihak terbabit, mempunyai sehingga penghujung April 2017 untuk menyelesaikan transaksi tersebut.

Saham-saham SILK menamatkan sesi pagi untuk naik sebanyak dua sen kepada 47 sen. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohammed Azlan Hashim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd