• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan SPRM Tidak Jejas Keyakinan Rakyat Johor

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein percaya siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang exco Johor baru-baru ini, tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap parti dan juga kepimpinan kerajaan negeri.

Ini kerana menurut beliau, siasatan itu secara prinsipnya hanya akan menambah baik integriti dan urus tadbir kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya percaya rakyat akan terima dan menghormatinya serta lebih menyokong parti.

“Ini kerana kalau salah, tetap salah tidak kira siapa yang membawanya. Parti lain pun, jangan ingat mereka terkecuali daripada siasatan,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian sebagai mengulas isu penahanan exco terbabit bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Kelompok Umno Bahagian Muar dan Penyerahan Kit Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, di sini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sebagai sahabat yang telah lama mengenali exco itu, beliau turut bersedih dengan berita penahanan tersebut.

Namun, beliau mahu konsisten dalam hal berkenaan kerana setiap individu, katanya, tidak boleh melebihi daripada undang-undang.

“Cuma, saya berharap ketika siasatan sedang dilakukan, janganlah kita terlalu awal menghukum mereka yang sedang disiasat.

“Jangan kita menghukum melalui media kerana mereka juga mempunyai keluarga dan mungkin ada perkara yang belum mendapat penjelasan sebenarnya,” katanya.

Pada 24 dan 28 Feb lalu, SPRM menahan tujuh lelaki termasuk anak dan pegawai khas exco terbabit kerana dipercayai terlibat dengan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Kesemua mereka yang berumur antara 25 dan 50 tahun bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM pada awal bulan ini.

Exco itu pula mengumumkan bercuti daripada jawatan yang disandangnya dalam kabinet negeri bagi membantu siasatan sebelum ditahan pada 9 Mac lepas. – BERNAMA

Tags: Bangsa JohorSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

09/04/2026
0

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd