• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Bayi Lelaki Ditemukan Di George Town

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang bayi lelaki, dipercayai baru dilahirkan, dijumpai di Blok 98, Taman Pelangi Indah, Jalan Perak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemukan dalam keadaan sihat dan tanpa sebarang kecederaan oleh seorang wanita yang menduduki flat berkenaan pada 7.58 pagi.

“Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan termasuk mendapatkan maklumat daripada penduduk serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menemukan mayat lelaki Vietnam yang terjatuh ke dalam laut pada Selasa lepas.

Mayat Nguyen Tien Van, 44, dijumpai terapung di 9 batu nautika utara Muka Head, Teluk Bahang dekat sini pada 11.30 pagi tadi, kata Pengarah APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Rozali Mohd Said.

Beliau berkata lelaki itu merupakan tukang masak kapal MV Viet Thang.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: buang bayiPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd