• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekurang-Kurang 9A+ SPM Boleh Mohon Tajaan – JPA

oleh
19/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi Program Penajaan 9A+ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata pelajar yang layak akan ditaja di peringkat persediaan hingga ijazah pertama dalam bidang yang ditetapkan kerajaan di Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara.

“Berikutan dengan pertanyaan oleh beberapa pihak mengenai program penajaan ini, adalah dijelaskan bahawa semua pelajar yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya 9A+ boleh memohon untuk dipertimbangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan timbul kekeliruan dalam kalangan pelajar cemerlang SPM mengenai program itu, apabila dimaklumkan hanya pelajar yang mendapat A+ dalam semua subjek yang diambil mereka layak mendapat tajaan.

Beliau berkata JPA memperkenalkan Program Penajaan 9A+ itu memandangkan Program Busary telah dimansuhkan pada tahun ini, selain mengambil kira pencapaian pelajar yang cemerlang.

Zainal Rahim berkata program Bursary Tahun 2016 telah dilaksanakan secara ‘one-off’ oleh JPA sebagaimana diputuskan oleh kerajaan dan ini bermakna pada tahun ini program tersebut tidak lagi diteruskan sebaliknya dimansuhkan.

Katanya sejajar dengan keputusan kerajaan bagi Model Baharu Penajaan JPA 2017, program penajaan yang masih dikekalkan pelaksanaannya adalah Program Penajaan Nasional (PPN) dan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ).

Di bawah PPN, beliau berkata penajaan diberikan kepada 20 pelajar paling cemerlang dalam SPM 2016 berdasarkan senarai Lembaga Peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran ke 10 universiti terbaik dunia mengikut QS World University Ranking berdasarkan bidang pengajian.

Bagi program JKPJ pula, penajaan diberikan kepada 200 pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Bagaimanapun, katanya penajaan dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman boleh dipertimbangkan dan tertakluk kepada keputusan kerajaan.

Zainal Rahim berkata Model Baharu Penajaan JPA adalah langkah untuk memastikan negara mendapat pulangan dan manfaat yang optimum daripada pelaburan yang diperuntukkan.

Justeru, program penajaan JPA memfokus kepada empat teras utama iaitu merit dan inklusiviti; golongan berpendapatan rendah B40, sederhana M40 dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET); pembangunan Malaysia sebagai hab pendidikan; dan pulangan pelaburan kerajaan.

Katanya pelajar lepasan SPM 2016 yang berminat memohon program-program penajaan yang ditawarkan JPA boleh melayari portal rasmi JPA di www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai program tajaan atau masalah teknikal, JPA turut menyediakan talian khas (hotline) 03-8885 3049 untuk dihubungi pada setiap hari bekerja (8:30 pagi hingga 5:30 petang) bermula 16 Mac hingga 5 Mei ini. – BERNAMA

Tags: 9A+JPASPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

06/08/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan kajian had umur persaraan wajib untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua. Ketua Setiausaha Negara, Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd