• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejak Popular, DJ Lin Jaga Imej Jika Keluar Rumah

oleh Ahmad Albab
31/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYAMPAI stesen radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin memberitahu populariti yang dikecapinya kini memerlukan dia menjaga penampilan setiap kali keluar dari rumah.

DJ Lin, 40, berkata, perkara itu dilakukan atas nasihat orang di sekelilingnya yang meminta dia untuk sentiasa tampil menarik selepas mendapat perhatian.

“Saya sebenarnya seorang yang sederhana dan tidak suka bersolek, tapi orang sekeliling minta agar sentiasa jaga penampilan terutama bila keluar ke tempat awam.

“Sekarang setiap kali keluar ada yang tegur dan tangkap gambar, jadi saya perlu kelihatan bersedia walaupun hanya sekadar solekan asas sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

DJ Lin ditemui pada majlis penjenamaan semula stesen Suria FM, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dia yang memenangi kategori Penyampai Radio Popular 2016, Anugerah Bintang Popular Berita Harian mengulas tentang penampilannya yang kini lebih menarik dan bergaya.

Sejak Popular, DJ Lin Jaga Imej Jika Keluar Rumah
Teruja tercalon dua kategori Anugerah Meletop.

Bagaimanapun, DJ Lin berkata, dia tidak pernah terpengaruh dengan mengambil apa-apa suntikan untuk kelihatan lebih cantik.

“Saya tidak pernah ambil apa-apa suntikan untuk cantik seperti botox kerana ia membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang.

“Biarlah apa yang ada ini kita jaga dengan baik dan saya tahu peminat akan tetap sokong dalam apa juga keadaan kita,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang keadaan kesihatanya, DJ Lin yang masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, dekat sini berkata kerana kurang rehat.

Katanya, kesibukannya seharian membuatkan kesihatannya terjejas sehingga dimasukkan ke pusat perubatan tersebut sejak Sabtu lalu.

“Saya ditahan di wad sejak Sabtu lalu kerana nadi terlalu lemah, doktor kata ia berpunca daripada kurang rehat dan terlalu penat. Saya akan lalui beberapa lagi ujian kesihatan sebelum dibenarkan keluar.

“Sudah dua hari saya minta keluar sekejap sahaja ni untuk menghadiri majlis ini dan ke udara malam nanti kerana sudah dua hari saya tidak bersiaran rasa bersalah kepada peminat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, DJ Lin yang dicalonkan dalam kategori Penyampai Radio Meletop dan Program Radio Meletop menganggap ia sebagai permulaan tahun yang baik buat dirinya.

“Alhamdulillah, saya teruja apabila tercalon dalam dua kategori ini pada anugerah anjuran stesen televisyen Astro, ia merupakan pengalaman manis buat saya.

“Menang atau kalah ia perkara kedua kerana pencalonan ini sahaja satu pencapaian pada kerjaya saya dalam industri ini,” ujarnya.

DJ Lin bersaing dengan Haniff, Jep, Johan (Raja Lawak) dan Shuib (Sepahtu). – mStar Online

Tags: DJ radioSuria FM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sharifah Shahira Melenting, Sindir AME 2019

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah melenting di laman Instagramnnya kerana mendakwa tidak diberikan tempat duduk sehingga...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

22/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd