• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segera Umumkan SOP Perlombongan Bauksit

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pihak yang berkaitan dengan perlombongan bauksit di sini, menuntut kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan mengumumkan segera prosedur operasi standard (SOP) aktiviti itu memandangkan tempoh moratorium telah berlangsung lebih setahun.

Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) Ali Akbar Othman berkata mereka “telah menanti kewujudan SOP itu terlalu lama” memandangkan pengumuman untuk mewujudkan SOP diumumkan pada kali pertama moratorium berkuat kuasa 15 Jan 2015.

Kelewatan itu boleh mewujudkan persepsi bahawa kerajaan tidak serius dalam menangani masalah atau tidak bersungguh-sungguh dalam mencari penyelesaian dan penambahbaikan dalam perlombongan bauksit, katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Ali Akbar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang membayangkan tempoh moratorium dijadual berakhir 31 Mac ini akan dilanjutkan.

Beliau berkata kewujudan SOP yang lengkap boleh sekurang-kurangnya mengurangkan masalah berkaitan pencemaran, kesesakan lalu lintas dan menjamin keselamatan serta keselesaan penduduk yang tinggal berdekatan lombong bauksit.

“Lombong bauksit yang beroperasi secara ‘halal’, mengguna pakai prosedur sepatutnya seperti yang beroperasi berhampiran kawasan perumahan di Kota SAS (di
sini) tidak bermasalah…sebab semuanya teratur…lori dibersihkan sebelum meninggalkan lombong dan ikut muatan betul.. Penduduk tidak merungut,” katanya.

Ali Akbar berkata pihaknya tidak membantah jika aktiviti perlombongan itu diteruskan kerana ia menjana pendapatan, namun mahu supaya SOP itu disegerakan dan penguatkuasaan dilakukan secara serius supaya semua pihak mematuhinya.

Selain itu, beliau meminta tuan tanah lombong bauksit untuk segera melaksanakan perintah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu supaya tahap keselamatan ditingkatkan termasuk mengambus lombong bauksit supaya tidak menjadi ‘perangkap maut’ kepada penduduk sekitar.

Cadangan berhubung pengumuman SOP juga dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bauksit Bukit Goh Datuk Dr Abd Wahid Abd Manaf yang melihat pengusaha lombong bauksit akan memberi kerjasama kepada pelaksanaan SOP itu.

Katanya, kebanyakan tuan tanah mengalami kesukaran apabila tempoh moratorium berkuat kuasa kerana larangan mengorek bauksit dan kebenaran hanya diberikan untuk menghabiskan simpanan sedia ada.

“Sedangkan tidak semua ada simpanan. Ada peneroka sudah menebang pokok sawit mereka tapi tidak boleh mengorek bauksit (disebabkan moratorium). Mereka ini sudah pasti terjejas dengan pelaksanaan tempoh moratorium yang terlalu lama.

“Sudah lebih setahun. Hasil sawit tak dapat (disebabkan pokok ditebang) dan bauksit juga tiada. Harap nasib mereka dipertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Berhubung perintah Tengku Abdullah, Abd Wahid berkata perkara itu sebenarnya terkandung dalam perjanjian antara pengusaha dan tuan tanah dan ada antara mereka mengalami kesukaran untuk mengambus lombong kerana memerlukan kos, sedangkan perlombongan tidak berjalan.

Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Pengusaha Mineral Negeri Pahang (PPMNP) Yap Soon Huat berkata pihaknya akur jika kerajaan melanjutkan tempoh moratorium.

Yap bagaimanapun berpendapat isu berkaitan SOP tidak seharusnya menjadi rumit.

“Apabila tempoh moratorium terlalu lama, pengusaha akan beralih kepada sumber lain. Ini boleh menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan dan wajar isu ini diatasi segera,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Dakwaan Itu Palsu”- Ujar Ratu Cantik Dilucut Gelaran

Next Post

Lelaki Didenda RM1,000 Tumbuk Muka Bekas Majikan

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

Next Post

Lelaki Didenda RM1,000 Tumbuk Muka Bekas Majikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd