• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebanyak 400 Unit Rumah PPR Akan Dibina Di Dengkil

oleh Ahmad Albab
12/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Sebanyak 400 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan kos RM60 juta akan dibina di Ampar Tenang, Dengkil tidak lama lagi khusus untuk pekerja ladang yang kini tinggal di Taman Permata.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, proses tender terbuka bagi pembinaan rumah PPR berkenaan akan dibuka dalam waktu terdekat.

“Peruntukan bagi pembinaan rumah PPR berkenaan sudah disediakan dan konsultan juga sudah lantik. Iklan tender terbuka akan dilakukan dalam bulan ini.

“Bagaimanapun buat masa ini saya tidak boleh memberikan jawapan tepat bila pembinaan akan dimulakan dan dijangka siap,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan kepada 50 ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil di sini, hari ini.

Noh berkata pembinaan PPR Dengkil itu adalah sebagai menunaikan janji yang telah dibuat kepada pekerja ladang yang terpaksa berpindah ke Taman Permata ekoran pembinaan pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya lebih 20 tahun lalu.

Penduduk flat Taman Permata merupakan bekas pekerja di Ladang Prang Besar (nama lama Putrajaya), Medingly, Galloway dan Sedgley yang ditutup berikutan pembinaan Putrajaya.

Bagaimanapun, tahun lepas flat lima tingkat Taman Permata disahkan tidak selamat diduduki berikutan berlakunya mendapan dan keretakan akibat tanah lembap.

Keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa mencari tempat tinggal lain yang lebih selamat. – BERNAMA

Tags: PPRTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Cara Berkesan Tangani Isu Babitkan Kepentingan Rakyat

Next Post

Minta Penerima BR1M Gagal Isi Borang Penyata

Related Posts

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

KWP Cadang Bina Parkir Bertingkat Di PPR Seri Anggerik

19/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang...

Next Post

Minta Penerima BR1M Gagal Isi Borang Penyata

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd