• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tunggu Dia Cakap Dulu, Tapi Dia Diam” – Nazri

oleh
27/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUMPA sudah jumpa. Namun Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘pusing cakap’ seolah-olah Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz kecut bisu sewaktu jumpanya di Lembah Sayong, Kuala Kangsar petang Sabtu.

Sindiran tersebut disuarakan oleh bekas Perdana Menteri itu dalam ceramahnya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada sebelah malamnya. Ini telah mendorong Mohamad Nazri tampil menjelaskan situasi yang sebenar.

Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu malah mempertahankan langkahnya untuk sengaja mendiamkan diri sepanjang ketika menemui Mahathir pada hari tersebut.

Ini sebagai menghormati bekas pemimpin negara itu. Jelasnya, ia memang etika standard ketika Mahathir menjadi perdana menteri iaitu “anda tidak boleh bercakap dengannya kecuali beliau bercakap dengan anda terlebih dahulu”.

“Begitulah keadaannya ketika dia pernah jadi perdana menteri selama 22 tahun. Saya agak biasa dengan keadaan sedemikian, jadi saya kena tunggu dia yang mula cakap dengan saya dulu, bukannya saya memulakan percakapan.

“Tetapi dia langsung tidak cakap apa-apa sampai kesudahannya. Itulah sebab Mahathir kata kononnya saya pula yang mendiamkan diri,” terang Mohamad Nazri ketika dipetik oleh portal berita tempatan AgendaDaily.

Beliau seterusnya berkata, Mahathir langsung tidak begitu ramah pada perjumpaan tersebut dan gambar insiden itu turut menjadi tular menerusi media sosial khasnya dalam kalangan netizen penyokong propembangkang.

Mohamad Nazri menerangkan: “Dia (Mahathir) tidak mesra sama sekali. Dia hanya tumpu perhatian kepada makanannya. Tetapi saya hendak menghormati dia kerana dia kelihatan begitu lemah. Jadi, saya pun diam sahaja.”

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebaik dirinya tiba di tebing Sungai Perak itu, seorang daripada pembantu Mahathir yang mungkin terkejut dengan kemunculan secara tiba-tiba cuba menghalang mereka berdua untuk berjumpa.

“Walaupun salah seorang pembantunya cuba menjauhkan Mahathir daripada saya, saya hanya pergi ke sana dan jabat tangannya. Kami kemudian pergi ke sebuah gazebo di tepi sungai dan saya duduk di sebelahnya.

“Itupun selepas pembantunya itu terpaksa mengosongkan sebuah kerusi untuk saya duduk,” kata Mohamad Nazri yang tenyata kesal tiada perdebatan diadakan pada hari tersebut ekoran nasihat daripada pihak polis sendiri.

Beliau seterusnya berkata, debat yang dijadualkan berlangsung pada 7 April ini di Shah Alam, Selangor adalah medan terbaik untuk menyuarakan pandangan mereka secara berhadapan dalam suasana yang terkawal.

“Saya rasa kalau ada apa-apa yang perlu dikatakan dengan lebih lanjut, ia lebih sesuai perlu disuarakan nanti pada 7 haribulan, bukannya di sana (Kuala Kangsar) lagi,” ujar Mohamad Nazri sebagai tanda beliau sudah pun bersedia.

Meskipun debat tiada di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Nazri dan Mahathir sebaliknya mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam sambil menikmati ‘laksa kuala’ dan cendol.

Mereka berdua turut menghayati pemandangan indah sepanjang Sungai Perak di Lembah Sayong sambil disertai puluhan penyokong masing-masing sebagai ‘ganti’ kepada pembatalan acara debat eksklusif tersebut.

Pengerusi PPBM itu dalam ceramahnya anjuran parti pembangkang kecil itu di Kuala Kangsar pada malam Sabtu dilaporkan konon menyifatkan Mohamad Nazri sekadar membisu dan senyum ketika menemui beliau.

“Dia nak sangat jumpa saya, saya ingat dia nak beritahu saya dia nak letak jawatan, tetapi dia macam orang bisu, duduk diam-diam di sebelah saya. Jika dia bisik di telinga saya, saya akan dengar, tetapi dia tak cakap apa-apa.

“Hanya duduk dan tengok bahagian depan,” kata Mahathir seolah-olah menyifatkan tindakan diam Mohamad Nazri itu sebagai satu kemenangan moral kepada PPBM yang kini ditimpa pelbagai masalah dengan Pakatan Harapan.

Mohamad Nazri menyahut cabaran Mahathir untuk berdebat mengenai skandal 1MDB dan BMF yang berlaku era 1980-an di bawah pentadbiran Mahathir, selain isu sumbangan RM2.6 bilion daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Debat itu sepatutnya diadakan di Dewan MRSM di Kuala Kangsar, tetapi ia terpaksa dibatalkan selepas polis menolak permohonan permit mengadakan perbahasan itu atas pelbagai faktor di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Ia sekali gus menyaksikan debat seterusnya bakal diadakan pada 7 April ini di dewan Kompleks Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Nazri Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Lelaki Didakwa Culik Seorang Suri Rumah

Next Post

IHP Feb Meningkat Sebab Harga Minyak Yang Tinggi

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

Next Post

IHP Feb Meningkat Sebab Harga Minyak Yang Tinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd