• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Amat Kagum Dengan Pembangunan Sabah

oleh AK-47
17/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata beliau amat kagum pembangunan pesat Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan barisan anggota Kabinet negeri.

Abang Johari berkata di bawah kepimpinan Musa, Sabah membangun begitu pantas sehingga negeri itu begitu jelas sudah bertukar wajah.

“Kota Kinabalu sudah bertukar wajah. Ini adalah hasil daripada ilham Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan rakan-rakannya dalam kerajaan negeri Sabah. Saya yakin, Sabah akan terus membangun di bawah pimpinan Datuk Seri Musa Aman di masa-masa akan datang,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Makan Malam bagi meraikan lawatan beliau dan rombongan ke Sabah malam ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah dan timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta beberapa anggota Kabinet negeri.

Beliau berkata kunjungan ke Sabah antara lain untuk mencari asas persamaan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembangunan ekonomi berasaskan kekuatan yang ada pada Sabah dan Sarawak.

Abang Johari berkata walaupun mungkin ada dasar di Sabah dan Sarawak yang mungkin berbeza dengan di Semenanjung Malaysia namun Malaysia kini amat bertuah kerana mempunyai Perdana Menteri seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat prihatin dengan kehendak Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, perkara yang amat ketara yang telah diberikan Najib ialah pembangunan Lebuhraya Pan Borneo yang bukan sahaja menjadi perangsang kepada usaha pembangunan di Sabah dan Sarawak malah merupakan ‘perubahan besar’ untuk kedua-dua negeri membangunkan kawasan luar bandar.

“Kalau kita ingin meneruskan usaha kita (membangunkan rakyat), perkara utama ialah ‘kesalinghubungan’. Saya percaya peniaga Sarawak dan Sabah boleh menggunakan jaringan jalan raya ini, selain udara, untuk merapatkan perhubungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Abang Johari juga berkata beliau sependapat dengan pandangan Musa bahawa Najib memang sangat prihatin dengan Sabah dan Sarawak dengan memberi contoh kes empangan hidro Bakun di Sarawak yang kini sudah menjadi milik Sarawak setelah membelinya daripada kerajaan persekutuan dengan harga berpatutan.

Katanya walaupun rundingan mengenai pemilikan empangan Bakun berkenaan bukan mudah namun dengan keprihatinan Najib perkara berkenaan dapat diselesaikan dan empangan Bakun kini adalah milik kerajaan negeri Sarawak.

“Mudah-mudahan pada pilihan raya akan datang Perdana Menteri akan beroleh kemenangan yang besar. Begitu juga kita di Sarawak mengharapkan Barisan Nasional Sabah akan memenangi pilihan raya dengan majoriti yang besar pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurut Abang Johari kestabilan politik amat penting terutama dalam menghadapi cabaran yang berubah-ubah dari semasa ke semasa dan percaya kestabilan politik Sabah akan memberi manfaat kepada Sarawak dan Malaysia keseluruhannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bernhardt Senarai 23 Pemain Ke Piala Dubai 2017

Next Post

Kedutaan Malaysia Di Indonesia Adakan Solat Hajat

Related Posts

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

19/11/2018
0

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Next Post

Kedutaan Malaysia Di Indonesia Adakan Solat Hajat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd