• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sathia Kekal Kesebelasan Utama Bertemu Hanoi FC

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua jurulatih Felda United, B.Sathianathan mengekalkan kesebelasan utama pada perlawanan kedua Kumpulan G Piala AFC 2017 menentang Hanoi FC di Stadium Shah Alam esok.

Sathianathan berkata beliau mengekalkan pemain ketika perlawanan Liga Super menentang Sarawak berikutan kekangan masa untuk melakukan perubahan selepas mengambil alih pasukan itu daripada Azmi Mohamed pada 10 Feb lepas.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata jadual perlawanan liga tempatan yang padat juga merupakan faktor yang menyukarkan beliau menemui barisan terbaik pasukan itu.

“Ini bukan barisan terbaik kerana saya masih belum sempat bertemu dengan kesemua pemain disebabkan jadual perlawanan yang padat, tetapi setakat ini saya boleh bergantung pada 15 pemain yang mampu menjalankan tugas dengan baik.

“Saya tidak akan melakukan perubahan yang banyak dalam pasukan kerana mereka akan berehat selama seminggu selepas ini dan kita bermain dengan baik pada perlawanan menentang Sarawak, jadi saya akan mengekalkan pemain dan hanya menggantikan beberapa pemain yang cedera,” katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Sathianathan menjangkakan tentangan sengit daripada pasukan Hanoi FC yang kini menduduki tangga kedua dalam Liga Vietnam 1.

“Pasukan Hanoi mempunyai pengalaman bermain di AFC Cup sebelum ini disamping dibarisi beberapa pemain kebangsaan Vietnam yang kita sedia tahu mereka ini mempunyai corak permainan yang pantas dan tidak pernah berhenti berlari, pasukan ini mempunyai kualiti,” katanya.

“Pasukan Hanoi mempunyai pengalaman bermain di AFC Cup sebelum ini di samping dibarisi beberapa pemain kebangsaan Vietnam yang kita sedia tahu mereka ini mempunyai corak permainan yang pantas dan tidak pernah berhenti berlari, pasukan ini mempunyai kualiti,” katanya.

Sementara itu, jurulatih pasukan Hanoi FC, Chu Dinh Nghiem berharap pasukannya mampu menunjukkan corak permainan yang baik meskipun tanpa beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan esok.

Beliau turut menyifatkan pasukan Felda sebagai salah sebuah pasukan yang hebat dengan beberapa pemain yang bagus yang mampu memberikan saingan kepada anak buahnya. – BERNAMA

Tags: B.Sathianathanbola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd