• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong RUU Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017 – MCPF

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam merupakan mercu tanda perundangan dalam membanteras jenayah seksual kanak-kanak.

Justeru, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berharap semua rakyat menyokong pembentangan RUU itu kerana ia adalah penting untuk menangani eksploitasi dan kekejaman seksual terhadap golongan berkenaan.

“Undang-undang yang dicadangkan ini hanya dapat dilaksanakan dengan baik jika semua pihak dalam komuniti memberi sokongan.

“Mereka juga perlu memainkan peranan membantu pihak berkuasa menahan dan mendakwa pelaku kesalahan di mahkamah khas untuk kes sedemikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata sokongan yang diberikan oleh anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang juga membuktikan mereka boleh bekerjasama dan menjadi peneraju kepada usaha seumpama itu pada masa akan datang, selain memberi faedah kepada masyarakat.

Katanya jenayah kanak-kanak sangat berleluasa dan wujud sekian lama disebabkan kelemahan undang-undang untuk menanganinya secara berkesan.

Beliau turut menyeru pihak berkuasa untuk memberikan publisiti menyeluruh mengenai undang-undang itu apabila ia diluluskan kelak.

RUU itu, yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, memperuntuk kesalahan dan hukuman termasuk pornografi kanak-kanak, pengantunan, amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal.

Mengikut RUU tersebut, mana-mana orang yang membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Jenayah Seksual Kanak-KanakTan Sri Lee Lam Thye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

Tunku Ismail Mahu Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak Ditangani

12/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dipandang serius dan ditangani....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd