• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM137j Nanti Pemenang Ratu Cantik Unta

oleh Ahmad Albab
06/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Lebih 300,000 unta akan menyertai pertandingan merebut gelaran unta paling cantik di dunia di Arab Saudi hujung bulan ini.

Pemenang pelbagai kategori pertandingan yang diadakan sempena Festival Unta Raja Abdulaziz itu akan menerima hadiah berjumlah RM137 juta.

Unta yang akan dimahkotakan dengan gelaran ratu cantik unta itu akan dipilih menerusi beberapa kriteria ketat yang ditetapkan, khususnya kecantikan asli, termasuk pada bulu, mata, telinga, ketinggian dan bentuk bonggolnya.

Jurucakap festival, Dr Talal Al Torifi berkata: “Hakim akan menilai pemenang menerusi kecantikan asli. Haiwan itu akan dinilai dalam lima kategori berdasarkan kacukan dan warnanya.”

Menurutnya, unta itu akan dihakimi oleh satu jawatankuasa Badwi yang dipilih.

Biasanya, harga unta yang memenangi pertandingan seumpama itu akan mencecah jutaan ringgit.

Menjelang festival berkenaan yang akan berlangsung dari 19 Mac hingga 15 April, harga unta dalam pasaran saham meningkat 70 peratus.

Ia tradisi turun temurun yang menyaksikan pemilik haiwan itu memperagakan unta paling cantik mereka.

Festival itu sebelum ini pernah menarik dua juta peminat dari seluruh dunia, termasuk keluarga diraja, selebriti, pereka dan juga ahli sukan. – Agensi/myMetro Online

Tags: ratu cantikunta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Si Ratu Cantik Angkat Senjata

17/05/2021
0

YANGON - Rupawan ini bukan sebarangan Ratu Cantik Myanmar, sebaliknya memiliki semangat juang tinggi dan sanggup mengangkat senjata bagi menentang...

Bekas Ratu Cantik Doktor ‘Frontliners’ Membasmi COVID-19

14/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Dr Nisha Thayananthan yang pernah merangkul gelaran Miss World Malaysia 2019, turut membantu golongan memerlukan yang terkesan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd