• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Pandu Lawan Arus Direman 4 Hari

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Remaja perempuan yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini semalam direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan ke atas tindakannya itu yang turut meragut nyawa seorang juruteknik.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Remaja berusia 19 tahun yang bekerja sebagai model sambilan itu ditahan polis di tempat kejadian berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh semalam.

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi di Km 134, Lebuhraya Utara-Selatan itu, remaja yang memandu kereta jenis Proton Gen-2 secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth telah melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi Rosli, 26.

Mohamad Fandi, juruteknik sebuah kilang di Perai yang ketika itu dalam perjalanan pulang selepas habis bekerja mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Beliau yang baru tiga bulan berkahwin meninggalkan isteri yang sedang mengandung.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid pada sidang akhbar di sini hari ini berkata siasatan awal mendapati remaja itu memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah jenis ketamin.

Remaja Pandu Lawan Arus Direman 4 Hari

“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun hingga 10 tahun, lesennya digantung serta dia didenda dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata remaja itu memandu secara melawan arus sejauh lima kilometer sebelum melanggar kereta dipandu Mohamad Fandi dalam kemalangan yang melibatkan enam kenderaan dengan lima individu cedera.

Berdasarkan kenyataan saksi, remaja terbabit dilapor membuat pusingan U di laluan yang sama kira-kira 100 meter daripada Plaza Tol Sungai Dua dan bergesel dengan tiga kenderaan lain.

“Ketika kejadian, remaja itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Dua selepas keluar berhibur di pusat hiburan di Bukit Mertajam bersama rakan-rakannya sejak tengah malam,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata setakat ini polis telah merekod lapan keterangan iaitu daripada empat mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu dan empat saksi yang melihat kejadian itu.

Tujuh laporan polis diterima berhubung dua kemalangan membabitkan remaja itu dan polis akan memanggil beberapa individu lagi untuk direkod keterangan, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautremaja
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Dipenjara Seumur Hidup Bunuh Anak

Next Post

Penculik Pulau Pom Pom Dibunuh Tentera Filipina

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Nasib 13 Tertuduh Remaja Ditentukan 11 Jun

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Nasib 13 Tertuduh Remaja Ditentukan 11 Jun

14/05/2025
0

TAWAU : Nasib 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun yang dituduh membunuh pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Next Post

Penculik Pulau Pom Pom Dibunuh Tentera Filipina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd