• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Dirantai Besi, Gari Oleh Ibu Bapa Sebab Curi

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG menimpa seorang remaja lelaki di Filipina apabila diperlakukan dengan kejam oleh ibu bapa sendiri yang sepatutnya menjadi tempat berlindung dan meraih kasih sayang.

Beberapa keping foto remaja lelaki malang yang tidak diketahui identitinya itu dimuat naik oleh laman Matalinong Matsing menerusi perkongsian daripada Jashaim Manungcad di laman sosial Facebooknya tiga hari lalu.

Menerusi foto yang tersebar, jelas kelihatan rantai besi berserta dengan seutas gari pada lehernya. Remaja berkenaan kelihatan tertunduk dan menutup mukanya dengan tangan seolah-olah enggan wajahnya dirakam.

Remaja Dirantai Besi, Gari Oleh Ibu Bapa Sebab Mencuri

Viral4Real memetik status Facebook itu memberitahu remaja berkenaan ‘dihukum’ sedemikian atas kesalahan mencuri.

Jelasnya lagi, ibu bapa kepada remaja itu menganggapnya sebagai anak yang paling hodoh dalam kalangan adik-beradiknya yang lain.

Oleh sebab itu, mereka tegar berbuat demikian terhadapnya, malah di dalam foto yang tersebar itu juga jelas memaparkan remaja berkenaan mengalami kecacatan sumbing pada bibirnya.

Foto yang tersebar menimbulkan amarah netizennya yang menyatakan bahawa ibu bapa sepatutnya tidak wajar hukum anaknya sedemikian rupa dan menzahirkan rasa simpati terhadap nasib malang remaja itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gariMencurirantai besi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd