Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Azmin Kelirukan Rakyat Elak...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim...

Mahali Cedera: JDT Pertikai...

KUALA LUMPUR - Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berpuas hati dengan kecederaan...

Haram Label Ayat Ruqyah,...

PUTRAJAYA - Semua syarikat dan pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak dibenarkan menggunakan...

3 Nelayan Maut Kereta...

SITIAWAN - Tiga maut, manakala dua lagi masing-masing parah dan cedera ringan apabila...

Rakyat El Salvador Ratapi Kematian Badak Air

APA la dosanya badak air ini sampai dipukul dengan kejam hingga mati di zoo negara di El Salvador. Badak air berusia 15 tahun ini merupakan binatang kesayangan ramai justeru kematiannya mengejutkan penduduk di negara itu, apatah lagi serangan dilakukan di dalam zoo.

Menurut kementerian kebudayaan negeri itu, badak tersebut dipukul di beberapa bahagian badan dan mengakibatkan kecederaan di muka serta leher.

Sebaik ia ditemui terdampar kesakitan, pakar-pakar telah bekerja keras untuk merawat haiwan terbabit sejak ia diserang Ahad lalu, namun usianya tidak panjang dan mati.

Susulan itu, pihak zoo bercadang mengadakan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya.

Pihak berkuasa dalam pada itu menemui beberapa batang besi dan batu dalam kandang badak terbabit manakala usaha mengesan pembunuh badak air tersebut sedang dijalankan.


Apa yang pasti penduduk di Zoo itu kini berasa sedih dengan haiwan kesayangan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori