• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Terakhir Korea Suka Makan Wafel, Minum Kopi

oleh
04/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Beberapa peninggalan lama akhir abad ke-19 ternyata mengejutkan banyak pihak di Korea Selatan apabila ia mendedahkan raja terakhir negara itu penggemar wafel, sejenis pankek rangup.

Akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Korea Times melaporkan, artifak bersejarah itu yang kini dipamerkan di Muzium Istana Kebangsaan membuktikan raja penghujung Dinasti Joseon (1392 – 1910) juga suka meminum kopi.

Perkara unik itu didedahkan pihak muzium berkenaan apabila mereka mula mempamerkan satu ruang khas yang selama ini menyimpan pelbagai barangan peribadi dinasti tersebut terutama digunakan Raja Gojong (1863 – 1907).

Kerabat diraja baginda turut memiliki minat yang sama dan ia dibongkar hasil penemuan hampir 100 artifak dinasti itu termasuk satu dulang keluli untuk bakar wafel diperbuat di Britain serta sejumlah cawan kopi buatan seramik.

Dulang wafel itu dijumpai dalam Istana Changdeokgung di sini yang sebahagiannya terselamat daripada musnah ketika era pendudukan Jepun (1910 – 1945); serta turut memaparkan nama syarikat pembuatnya, Benham & Froud.

Raja Terakhir Korea Suka Makan Wafel, Minum Kopi

Turut ditemui dalam istana lama yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1997 itu ialah puluhan barangan dapur mewah lain antaranya pinggan mangkuk, cawan dan cerek diimport khas dari luar negara.

Ia dikenal pasti telah dibawa masuk dari Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun sekali gus menggambarkan gaya cita rasa kehidupan mewah anggota kerabat diraja sejajar dengan perkembangan semasa elit dunia pada ketika itu.

“Dulang wafel ini dipercayai diimport antara akhir kurun ke-19 dan awal ke-20 kerana zaman itu pengeluar produk terkenal baru mula letak nama di setiap barangan dihasilkan,” kata seorang penyelidik muzium, Kim Kyung-mi.

Beliau seterusnya menjelaskan, penemuan itu membuktikan gaya hidup dan tabiat pemakanan kerabat diraja terakhir Korea itu sudah mula cenderung ke arah cara masyarakat moden Barat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KoreaUNESCO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sistem Pertahanan Peluru Berpandu THAAD Korea Selatan Dilapor Dipindahkan Ke Israel

Sistem Pertahanan Peluru Berpandu THAAD Korea Selatan Dilapor Dipindahkan Ke Israel

12/03/2026
0

Langkah Terdesak? SEOUL – Media Korea Selatan dilapor menyiarkan rakaman yang menunjukkan sistem pertahanan peluru berpandu THAAD (Terminal High Altitude...

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd