• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahim (Joras) Terima Teguran Lawak Lucah Di MLM

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelawak Rahim yang menganggotai kumpulan Joras dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017 mengakui menerima teguran daripada beberapa pihak berkaitan lawak berunsur lucah pada persembahan mereka.

Rahim berkata, Kumpulan yang turut dianggotai oleh pelawak Shuk dan Joey itu juga kini lebih berhati-hati dan mengelakkan perkataan yang boleh membawa maksud berbeza.

“Persembahan dua minggu lalu memang teruk kami kena tegur dengan peminat, pihak produksi dan netizen kerana banyak perkataan yang terpaksa dipotong.

“Saya sudah meminta maaf secara terbuka kepada mereka yang tersinggung dengan cara kami berlawak. Selepas itu kami juga pastikan tidak akan berulang lawak-lawak sedemikian,” ujarnya kepada mStar Online.

Rahim (Joras) Terima Teguran Lawak Lucah Di MLM
Rahim akan bersama Siti Sarah dan Shuib Sepahtu dalam majlis Minggu Setiausaha Menara KL.

Rahim ditemui pada majlis sidang media Minggu Setiausaha Menara KL Bersama Siti Sarah dan Shuib Sepahtu yang akan berlangsung pada 13 April depan.

Dalam pada itu, Rahim berkata, dia menerima secara terbuka dan positif kritikan dan komen yang diberikan kepadanya.

“Saya tidak ambil hati dengan kritikan dan teguran mereka tentang persembahan saya. Saya akan ambil secara positif dan memperbaiki persembahan kami.

“Kalau mereka tegur bermakna mereka juga mengikuti perkembangan saya,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kolaborasi bersama Joras, biarpun namanya sudah sebati dengan kumpulan lawak terkenal Sepahtu, Rahim berkata, dia menganggap ia sebagai cabaran buat dirinya.

“Saya tahu nama saya sudah besar bersama kumpulan Sepahtu dan apabila bersama Joras ia seperti menurunkan taraf saya sendiri. Namun bagi saya itu adalah risiko yang saya ambil untuk membawa kumpulan ini.

“Saya bernasib baik kerana mudah untuk bekerjasama dengan mana-mana pelawak,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Maharaja Lawak MegaRahim Sepahtu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shiro Ungguli Maharaja Lawak Mega 2018

20/01/2019
0

TAHNIAH... Program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) akhiri siarannya untuk musim ini dengan nobat kumpulan Shiro selaku juara pada pentas...

Rahim Sepahtu Berjaya Turun Dari Saiz XXXL Ke XL

28/08/2017
0

SEJAK lima minggu lalu, anggota kumpulan lawak Sepahtu, Rahim giat menjalani program Misi XL Rahim yang dianjurkan oleh stesen radio...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd