• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Sebenar Annuar Tarik Diri Presiden FAM

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menjelaskan antara sebab beliau menarik diri daripada pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengelakkan perbalahan besar berlaku dalam bola sepak Malaysia pada masa depan.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan ada tuduhan disebarkan sebelum pemilihan itu berlangsung kononnya beliau akan memenangi jawatan Presiden FAM kerana Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan perwakilan FAM memilih beliau.

Jelas Annuar, tuduhan itu bukan saja tidak benar malah boleh menjejaskan hubungan FAM dan Kementerian Belia dan Sukan pada masa depan sekiranya beliau memenangi jawatan itu.

“Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI atau MANDAT PIHAK YANG MENANG DI PERTIKAI atau pihak yang tewas akhirnya diperlekehkan. Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bola sepak Malaysia tidak terwujud..Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA. Malah kita seolah undur kebelakang “from bad to worse.”

“Justeru setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara, saya membuat ketetapan untuk memberi penghormatan kepada seorang lagi calon iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya baginda diberi kemenangan tanpa bertanding,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau sebenarnya pada 16 November tahun lalu ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Tunku Mahkota Johor mencadangkan baginda memegang jawatan FAM.

Katanya, beliau waktu itu berjanji untuk mengiktiarkan agar Tunku Mahkota Johor menang tanpa bertanding, justeru hari ini beliau telah menunaikan janji itu.

Menurut beliau, komitmen yang ditunjukkan Tunku Ismail boleh menjadi aset penting kepada FAM, malah sokongan serta perkenan Sultan Johor dalam hal itu adalah suatu penghormatan kepada bola sepak Malaysia.

“Tunku Mahkota Johor perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu buat bola sepak Malaysia dan mengotakan segala janji baginda,” katanya.

Annuar bagaimanapun mengingatkan semua pihak adalah penting FAM memiliki barisan Exco yang berwibawa serta mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak termasuk kerajaan.

“Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu pasukan Kelantan terutama meningkatkan lagi program bola sepak akar umbi untuk melahirkan lebih ramai bakat dalam kalangan anak negeri.

“Selain itu tugas utama saya adalah untuk menyempurnakan amanah rakyat kawasan Parlimen Ketereh serta memikul amanah sebagai Ketua Penerangan UMNO dalam persiapan menghadapi PRU14,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Tan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

30/06/2022
0

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd