• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presma Cadang Tubuh Petugas Tangani Jenayah

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) bercadang mewujudkan pasukan petugas dalam menangani masalah jenayah membabitkan lebih 4,000 restoran India Muslim di seluruh negara.

Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata pasukan petugas itu adalah mengikut konsep Kawasan Rukun Tetangga (KRT) iaitu melalui skim rondaan sukarela.

“Jika penubuhan KRT adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan tertentu serta mengukuhkan semangat perpaduan, tetapi pasukan petugas ini lebih ditekankan kepada memerangi atau melindungi para peniaga daripada ancaman jenayah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kaedah pasukan petugas ini akan dibincangkan lebih lanjut dengan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam masa terdekat.

“Apabila keputusan dicapai, kami akan melancarkannya pada tahun ini. Kami bercadang mewujudkan pasukan petugas ini di kawasan yang sering berlaku jenayah terutama yang membabitkan restoran India Muslim. Kami akan membuat projek perintis terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Ayoob Khan berkata dalam masa yang sama pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada KPN Jumaat ini.

Katanya memorandum tersebut adalah mengenai pelbagai isu semasa yang dihadapi pengusaha restoran India Muslim di seluruh negara dan usaha menanganinya.

Katanya antara isu semasa itu ialah ancaman jenayah siber dan gangsterisme.

“Kerajaan perlu memberi perhatian kepada peniaga termasuk peniaga masyarakat India Muslim bagi memastikan perniagaan mereka tidak terjejas dan dapat berniaga dengan selamat.

Kegiatan jenayah ini mendatangkan impak negatif dan perlu diatasi segera. Oleh itu, masyarakat dan kita semua perlu bersama-sama memainkan peranan dalam membanterasnya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Ayoob Khan Muhamad Yakub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd