• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tembak Mati Penjenayah Paling Dikehendaki

oleh AK-47
01/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menembak mati seorang lelaki, yang juga penjenayah paling dikehendaki, dalam satu insiden tembak menembak dan merampas 3.7 kilogram dadah dipercayai syabu dianggarkan bernilai RM300,000 di Taman Sri Gayang, Tuaran dekat sini, malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata berikutan satu kes samun di Keningau pada 17 Mac lepas melibatkan kerugian kira-kira RM500,000, pihaknya menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan.

“Hasil siasatan, sepasukan polis membuat serbuan di sebuah rumah di taman perumahan berkenaan kira-kira 7 malam tadi. Semasa serbuan, polis memperkenalkan diri sebelum suspek yang berada di dalam rumah tiba-tiba melepaskan tembakan.

“Bagi mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan beberapa tembakan mengenai badan suspek yang kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sabah di sini, hari ini.

Ramli berkata hasil pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan, polis menemui sepucuk pistol bersama empat butir peluru dan tujuh kelongsong serta dua paket plastik mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 3.7 kilogram.

“Turut dirampas dalam serbuan itu ialah pelbagai peralatan untuk aktiviti penjualan dadah dan peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah samun dan pecah rumah termasuk tukul dan pembelah besi,” katanya.

Ramli berkata hasil siasatan lanjut juga mendapati suspek yang berumur 37 tahun mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan curi kenderaan dan pecah rumah.

“Suspek dipercayai terlibat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah, selain aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah sejak 2015.

“Suspek juga dipercayai menjadi dalang utama dalam kejadian samun sebuah rumah di Keningau pada 17 Mac lepas bersama tiga lagi suspek lain yang masih bebas,” katanya.

Ramli berkata semasa kejadian samun itu, suspek bersama tiga lagi individu lain telah menyamun sebuah rumah dan bertindak mengikat serta menutup mulut pembantu rumah, sebelum melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai kira-kira RM500,000.

Susulan kes itu, beliau berkata pihaknya kini sedang mengesan dua individu yang dikenali sebagai Hiew Yun Fong dan Kevin, bagi membantu siasatan kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Ramli DinpenjenayahTembak Mati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd