• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 2 Laras Senapang Buatan Sendiri

oleh Ahmad Albab
02/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Polis merampas dua laras senapang buatan sendiri dan 10 butir peluru selepas menahan tiga lelaki di Kampung Bintang Mas Kuala Sapi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata ketika ditahan, tiga lelaki berusia antara 18 dan 39 tahun itu dalam perjalanan pergi memburu binatang.

Katanya pada 12.30 tengah hari, anggota polis yang melakukan tugas pemantauan jenayah memeriksa sebuah kereta yang di parkir di tepi jalan di kampung itu.

Pemeriksaan di dalam kereta pacuan empat roda itu menemukan senapang buatan sendiri atau bakakuk dan peluru di belakang tempat duduk penumpang, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya hasil siasatan lanjut mendapati seorang daripada lelaki itu mengaku senapang tersebut miliknya.

Sivanathan berkata lelaki itu memberitahu senapang itu dibuatnya sendiri sejak tujuh tahun lepas untuk berburu.

Beliau berkata peluru jenis penabur itu pula dibeli daripada seorang lelaki di Tamu Pekan Telupid dengan harga RM20 sebutir.

Katanya polis juga akan mengesan dan menangkap individu yang menjual peluru kepada lelaki itu. – BERNAMA

Tags: polisSenapang Buatan Sendiri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd