• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nasihat Petani Tidak Berseorangan Di Kebun

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Setelah kejadian seorang petani maut ditelan ular sawa di Sulawesi Barat semalam, polis daerah Mamuju hari ini mengeluarkan nasihat agar para petani tidak keseorangan ketika di kebun bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Daerah Mamuju, Muhammad Rifai berkata, warga kampung itu diminta supaya sentiasa berhati-hati kerana binatang buas dalam hutan sememangnya menyerang manusia jika mereka benar-benar dalam kelaparan atau habitat mereka diganggu.

“Jangan pergi ke kebun sendirian, ular atau apa jenis haiwanpun akan memasuki wilayah manusia jika benar-benar kelaparan,” katanya seperti yang dipetik oleh media-media dalam talian di sini hari ini.

Baca: Lelaki Hilang Ditemui Maut Ditelan Ular Sawa

Pada kejadian semalam seorang petani Dusun Pangerang, Desa Salubiro di Mamuju yang dikenali sebagai Akbar, 25, ditemui maut setelah penduduk kampung membelah perut seekor ular sawa sepanjang kira-kira 7 meter yang tidak bergerak kerana kekenyangan.

Terdahulu itu, Akbar dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah selama sehari setelah keluar ke kebun kelapa sawitnya untuk bekerja.

Setelah penduduk kampungnya menganjurkan operasi mencari Akbar mereka terlihat seekor ular sawa yang kegemukan dan tidak mampu bergerak.

Mereka kemudiannya membelah perut ular itu bagi mengetahui apakah yang telah dimakan oleh reptila itu tetapi terkejut setelah menemui mayat Akbar dalam perut ular itu sebelum membuat laporan polis. – BERNAMA

Tags: ular sawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

09/01/2026
0

  Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hampir menemui ajal selepas digigit dan dibelit ular sawa batik berhampiran rumah bapa...

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd