• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ipoh Berkas Suspek Kes Cuba Samun Warga Emas

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis hari ini menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam cubaan menyamun seorang wanita warga emas di Taman Kampar dekat Pasir Puteh di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kedua-dua suspek berusia 23 dan 28 tahun itu ditangkap secara berasingan di sekitar bandar raya ini susulan maklumat awam serta rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian.

Suspek pertama diberkas di sebuah rumah di Kampung Cik Zainal, Chemor pada 4.21 pagi manakala suspek kedua ditangkap di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun kira-kira 4.50 pagi, katanya dalam kenyataan di sini.

Baca: Peragut Kantoi Tapi Mengaku Tak Bersalah

Mengulas kejadian 3.20 petang itu, Sum berkata kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal menghampiri mangsa berusia 68 tahun tersebut ketika warga emas berkenaan sedang berjalan ke arah keretanya yang diletak di belakang deretan kedai di kawasan tersebut.

“Kedua-dua suspek datang secara tiba-tiba dan bertindak menarik baju serta meminta wang daripada mangsa, namun mangsa menjerit meminta pertolongan dan orang ramai yang terdengar jeritan itu datang membantu,” katanya.

Kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, kata Sum.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu kini direman enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Difahamkan aksi cubaan menyamun itu turut tular di media sosial. – BERNAMA

Tags: Samun Warga Emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bob Pisau’ Dipenjara 3 Tahun Rompak Warga Emas

08/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang bekas banduan yang beberapa kali merengkok di dalam penjara atas pelbagai kesalahan termasuk samun bersenjata bagaikan...

Suami Isteri Samun Warga Emas Diberkas

28/09/2018
0

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri hanya sempat bergembira enam jam dengan hasil samun terhadap seorang wanita warga emas berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd